in , ,

Zara Zya Luah Rasa Kesal & Mohon Maaf Babak Dipeluk Pelakon Lelaki

Pelakon Zara Zya dikecam teruk oleh netizen susulan tindakannya melakukan adegan dipeluk pelakon lelaki dalam satu teaser sebuah drama.

Memetik Kosmo, Zara mengakui menyesal dengan perbuatannya itu serta memohon maaf dan berjanji akan lebih menjaga batas sebagai seorang muslimah bertudung.

“Rasa sedikit ralat dan menyesal pun ada juga sebab saya tidak fikir panjang. Sepatutnya benda seperti itu tidak berlaku sekali gus tidak timbul isu sebegini. Saya sedar khilaf saya kerana melakukan sesuatu yang tidak manis dengan imej saya.
“Sebagai manusia yang banyak khilaf, saya terlepas pandang hal tidak sepatutnya. Dunia lakonan ini luas kalau saya terangkan, benda akan jadi panjang,”

– Zara
Zara Zya Luah Rasa Kesal & Mohon Maaf Babak Dipeluk Pelakon Lelaki

Menurut Zara lagi, babak tersebut dibuat bukan sengaja dibuat kerana mahu mencetuskan kontroversi serta mengucapkan terima kasih buat mereka yang memberikan teguran.

“Saya tidak tahu akan mengakibatkan perdebatan dalam kalangan penonton. Saya bukan selebriti yang mahu kontroversi.
“Semestinya sedih tetapi nak buat macam mana, mereka yang hilang hormat kepada saya pun manusia biasa juga tetapi jangan terlalu ikut perasaan. Bagi saya peluang kedua untuk betulkan khilaf.
“Saya berterima kasih kepada sesiapa yang menegur dan yang kecam tidak mengapa harap dapat terima dengan hati terbuka,”

– Zara

Terdahulu, tular sepotong video teaser sebuah drama memperlihatkan Zara dipeluk dari arah belakang oleh pelakon Syarul Ezani.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

George Clooney Mungkin Kembali Untuk Satu Lagi Filem Terbaru OCEAN’S

M. NASIR

Tamasya Anak Muda Bakal Gegar Jiospace Pada 5 & 6 Januari 2024