Sebelum ini Zara Zya dikatakan bercinta dengan pelakon Azlee Khairi tapi itu hanya gossip semata. Ini berita sekarang, Zara Zya telah mengakui dirinya sedang bahagia bersama insan tersayang apabila menulis kapsyen romantis di Instagram. Zara bagaimanapun berkata, terlalu awal untuknya mendedahkan identiti lelaki tersebut kerana mereka masih dalam proses perkenalan.
“Betullah tu! Saya sedang berkawan rapat dengan seseorang yang istimewa dan dalam proses mengenali hati budi masing-masing.
“Doakan baik-baik! Walaupun nervous tapi bahagia,”
– Zara Zya
Pada Sabtu lalu, menerusi Instagram, Zara berkongsi foto serta kapsyen memberitahu hatinya kini sudah dimiliki.
Zara mengaku sedang bahagia bersama insan istimewa. Namun, pelakon ini enggan mendedahkan identiti jejaka yang dikenalinya sejak dua bulan itu. Alasan Zara, mereka masih dalam proses mengenali hati budi masing-masing.
“Memang saya sudah bertemu seseorang. Sekarang adalah fasa hendak mengenali diri masing-masing dengan lebih dekat. Cuma siapa dia? Saya masih belum boleh kongsi sebab semuanya belum pasti.
“Jangan risau, saya pasti akan kongsi berita gembira ini kepada semua.
Walau apa pun, saya mohon semua mendoakan kebahagiaan saya,”
– Zara Zya
Sementara itu, bertanya mengenai komen rakan baik, Jihan Muse yang menyatakan jejaka istimewa terbabit adalah anggota pasukan beruniform, Zara enggan mengulas.
“Saya pun tidak tahu kenapa Jihan komen begitu. Apa pun pekerjaannya, biarlah rahsia. Saya tak berani hendak komen lebih. Cukuplah orang tahu saya sedang gembira,”
– Zara Zya
Terdahulu, Zara atau nama penuh, Zainurul Razia Mohd Zainuddin membuat pengakuan terbuka di IG mendakwa hatinya sudah kembali terisi.
“Walaupun bidang kita berlainan, pelbagai watak yang saya lakonkan, biarpun pelbagai hero yang pernah bergandingan dengan saya, namun awak antara yang teratas di hati saya.
“Terima kasih kerana menerima saya seadanya… Saya sangat bahagia sekarang,”
– Zara Zya
Dalam kapsyen tersebut, dia turut memberi bayangan jejaka itu bukanlah seorang selebriti.
“Walaupun bidang kita berlainan… walaupun pelbagai watak yang saya lakonkan… walaupun pelbagai hero yang pernah bergandingan dengan saya, namun awak antara yang teratas di hati saya. Terima kasih terima saya seadanya. Saya sangat bahagia sekarang!,”
– Zara Zya
Perkongsian Zara itu menerima pelbagai komen daripada pengikut termasuklah rakan artis antaranya Jihan Muse.
“Selalu mendoakan kebahagianmu walaupun aku suka buli kau. Yang ni aku approve. Tapi ingat pesan mak jangan bagi 100 peratus hati tu nanti sakit lagi, sukalah abang uniform, PKP ni pusat kenal pasangan,”
– Jihan Muse
Sementara itu, Zara berkata jejaka berkenaan bukanlah anggota beruniform seperti yang diperkatakan oleh pengacara Gegar Vaganza itu.
“Jihan pun tak tahu siapa… salah faham tu! Boleh jadi dia cakap beruniform sebab sekarang ni kan PKP, semua petugas beruniform sahaja yang keluar rumah.
“Siapa pun jejaka itu, biarlah rahsia dulu!,”
– Jihan Muse
Pelakon drama Seadanya Aku ini pernah mengikat tali pertunangan dengan pelakon Hafreez Adam pada Oktober tahun lalu, namun hanya bertahan selama tiga bulan.
Pasangan yang berkenalan ketika berganding dalam drama Monalisa pada 2017 itu sepatutnya mendirikan rumah tangga, Oktober depan.
Sumber: mStar Online & BH Online