Cerekarama Khas MERDEKA: Sebelum Terlupa, 28 Ogos, Sabtu, jam 10.00malam
”Sebelum Terlupa” mengajak kita sentiasa beringat bahawa penjajah ada dimana-mana. Penjajah di zaman sekarang tidak hanya menumpukan kepada senjata, tetapi menyerang melalui kata-kata, minda dan budaya….Anuar merupakan pesara tentera yang kini tinggal bersendirian di rumah sewa di kampungnya dan tanah pusakanya sendiri.
Hidupnya sepi setelah kehilangan isteri dan dua anak yang dikasihinya…. Mengimbas kembali waktu mudanya, Anuar berkhidmat dalam pasukan Tentera Laut Diraja Malaysia dan kemudiannya diserap ke dalam unit Pasukan Khas (PASKAL). Sepanjang berkhidmat sebagai tentera dia sering meninggalkan isterinya, Rosmah dan anak-anaknya malah tidak berkesempatan untuk bermesra dengan mereka lantaran tuntuan kerjanya.
Anak-anak Anuar iaitu Azhar dan Rosdiana, berkelakuan dingin terhadapnya kerana ketiadaan Anuar yang sentiasa keluar bertugas membuatkan mereka seolah-olah tidak mengenali bapa sendiri. Anuar mula menyalahkan Rosmah kerana tidak pandai mendidik anak-anak mereka manakala Rosmah menyalahkan Anuar yang terlalu mementingkan tugas sehingga dia sendiri tidak pandai mengambil hati anak-anak.
Pertelingkahan sering berlaku apabila masing-masing cuba menuding jari. Selain itu, jiran Rosmah bernama Zuriani pula mempunyai ideologi seperti orang Jepun di zaman sebelum Merdeka. Ideologi Jepun ialah ’Tanah Asia Untuk Orang Asia dan Bukan Untuk Orang Barat’ manakala ideologi Zuraini, ’Isteri Untuk Suami dan Bukan untuk Dimadu’.
Setelah terdengar dan termakan hasutan, akhirnya Anuar dan Rosmah bercerai juga. Selepas beberapa tahun. Azhar meningkat dewasa sebagai remaja yang liar namun Rosdiana bersikap sebaliknya. Dalam diam dia cuba menjejak Anuar.
Dapatkah Rosdiana bertemu kembali dengan bapanya yang sudah lama terpisah?
Pelakon: Zamarul Hisyam, Norish Karman, Afiqah Malek, Wan Maimunah, Wan Elyas
Pengarah: Hitler M Zami
Norish Karman