in , ,

Zamani Lancar Lagu Raya Berjudul SYAWAL INI

Zamani siapkan lagu dan bahan promosi dalam tempoh seminggu kerana PKP

KRU Music mengumumkan pengeluaran single terbaru Zamani berjudul SYAWAL INI setelah berkali-kali menunda tarikh rakaman dan penerbitan bahan-bahan promosi diatas arahan Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan sejak bulan Mac lalu walaupun lagu ini telah dicipta pada bulan Februari 2020.

Setelah arahan PKP ditukar ke PKPB oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada 1hb Mei, Zamani serta tenaga kerja penerbitan KRU Music telah berjaya menyelesaikan kerja-kerja rakaman yang bermula pada 4hb Mei dan menyiapkan bahan-bahan pemasaran dalam tempoh seminggu.

ZAMANI SYAWAL INI

Lagu ciptaan Neo dan terbitan Bajai ini mengisahkan tentang keinsafan dan kesyukuran seorang insan kerana masih dapat meraikan Syawal walaupun mengharungi pelbagai cabaran. Ianya turut mengenangkan ibubapa yang kini telah pulang ke rahmatullah serta doa seorang anak yang amat merindui mereka.

“Saya bersyukur kerana mendapat kerjasama baik dari keluarga KRU Music yang bertungkus-lumus menghasilkan lagu Aidilfitri saya ini.

Sesungguhnya lagu ini menyentuh perasaan saya sendiri kerana lirik lagu ini mencerminkan kisah kehidupan saya apatah lagi mengenang arwah ibu dan bapa saya yang telah pergi,”

– Zamani

Menurut Dato’ Norman Abdul Halim, Ketua Pegawai Eksekutif KRU Music:

“Pihak kami amat berbesar hati diatas kesudian Zamani menjalinkan kerjasama dengan pihak kami sekali lagi.

Walaupun KRU sendiri pernah menulis 2 buah lagu untuk kumpulan Slam pada tahun 90an, keakraban saya dan Zamani mula lebih erat sejak penganjuran konsert solo Zamani di KL Jamm pada tahun lalu.

Saya melihat sokongan peminat setia Zamani begitu menyerlah ketika konsert tersebut dan dalam menyusunkan strategi kami mempelbagaikan genre muzik KRU, terhasillah lagu “Syawal Ini”.

Semoga lagu ini turut menjadi lagu Raya klasik untuk generasi kini dan yang akan datang,”
 
“Syawal Ini” kini sudah mula dijual di iTunes dan akan diedarkan ke semua platform digital lain mulai 19hb Mei 2020.

– Dato’ Norman Abdul Halim

Sila layari sesawang www.krumusic.com atau ikuti perkembangan aktiviti pemasaran Zamani melalui Instagram dan Facebook “iamzamani.offical” atau “Zime Production”; serta Youtube, Instagram, Facebook “KRU Music”.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Zoey Tanam Rambut, Netizen Persoal Hukum di Sisi Islam

Siri Netfilx STRANGER THINGS 4 Dikatakan Lebih Menggerunkan!