in , ,

Zamaera Umum Queendom Fest Festival Muzik Wanita Pertama di Malaysia

Mengambil semula tampuk pemerintahan, Zamaera mengumumkan “Queendom Fest” – festival muzik wanita pertama di Malaysia!

Penyanyi rap wanita terkenal dan pendukung hip-hop Malaysia, Zamaera nekad untuk mencipta sejarah dengan muncul dengan jenama “Queendom Fest” – yang  merupakan festival muzik wanita yang pertama dipersembahkan buat khalayak.

Dilahirkan dari rasa antusias dan berlandaskan matlamat Zamaera sendiri iaitu untuk mewakili landskap seni yang diwakilinya dalam scene tempatan, Queendom Fest merupakan usaha indipenden yang bersedia untuk mencipta sejarah – sebuah pementasan yang ditempa oleh serta untuk wanita kreatif di seluruh negara.

Zamaera Umum Queendom Fest Festival Muzik Wanita Pertama di Malaysia

Pada terasnya, Queendom Fest berusaha untuk meningkatkan wanita dan mengeratkan hubungan komuniti seni melalui platform untuk usahawan dan kreativiti wanita.

Dijadualkan berlangsung pada 16 Disember 2023 di LaLaport BBCC’s Central Rooftop Garden di tengah-tengah Pusat Bandar Kuala Lumpur, Queendom Fest bersedia untuk menjadi acara yang electrifying  bagi mempamerkan wanita-wanita  yang bertenaga dan paling digemari di Malaysia pada masa kini.

Dalam masa yang sama, ia juga merupakan sebuah festival yang menawarkan hub-market serta lokasi bersosial yang mengandungi lebih 40 perniagaan dan vendor tempatan, milik wanita.

Festival ini akan ditunjangi oleh Zamaera dan disokong oleh barisan wanita  hebat iaitu DOLLA, Hullera, Jovynn, Yunohoo, Lil Asian Thiccie, Meliha, The Impatient Sisters, MJ dan SYA.

Zamaera Umum Queendom Fest Festival Muzik Wanita Pertama di Malaysia

Queendom Fest berdiri sebagai bukti sebenar kepada semangat dan potensi tanpa had landskap muzik tempatan semasa, dan menandakan babak penting dalam legasi Zamaera yang kekal sebagai Ratu Hip-Hop Malaysia.

Konsep awal Queendom Fest mula dihasilkan hampir 2 tahun lalu, sewaktu Zamaera menganjurkan jelajah Pop-Upnya sendiri yang merentasi Pulau Pinang, Kuching, Ipoh dan Kuala Lumpur.

Bekerjasama rapat bersama Avinash Retnam dari Kaia Collab, ini adalah cara beliau memahami peminat tempatannya serta menilai impak dan – pada asasnya – menguji kuasa pasar untuk “Queendom Fest”.

Apabila melihat mimpi Queendom Fest menjadi kenyataan, dan apa erti detik terobosan ini baginya dalam kerjaya, Zamaera secara terang-terangan memberitahu bahawa:

Sebagai salah seorang daripada segelintir penyanyi rap wanita yang berpeluang membuat persembahan di pentas besar seperti Good Vibes Festival, Round Fest dan Baybeats, saya dapati perwakilan artis wanita di festival muzik tempatan dan showcase sentiasa dikalahkan oleh rakan lelaki industri.

Pada tahun lepas sahaja daripada lebih 14 festival dan showcase, 84% daripada penghibur adalah lelaki. Senario muzik semakin berkembang dan kami melihat semakin ramai artis wanita yang muncul. Saya rasa itu harus mencerminkan peluang yang kami sediakan kepada wanita dalam industri kreatif. Atas nama keterangkuman, kesaksamaan dan cinta yang tulen terhadap seni & budaya, saya mahu melihat masa depan yang lebih cerah untuk tenaga kreatif wanita negara ini.

Zamaera Umum Queendom Fest Festival Muzik Wanita Pertama di Malaysia

Mempunyai platform muzik dan vendor wujud bersama benar-benar mendorong saya ke arah idea peralihan budaya melalui konsep yang didorong komuniti. Dan peralihan budaya itu adalah untuk mempunyai lebih ramai artis wanita membuat persembahan di festival muzik dan untuk wanita melangkah keluar dari norma gender masyarakat dalam industri yang didominasi lelaki.

Saya juga ingin menekankan bahawa walaupun barisan artis merupakan  wanita secara keseluruhan, Queendom Fest juga bekerjasama dengan ramai tenaga profesional lelaki dalam industri yang menyokong idea untuk mendorong wanita ke hadapan dengan memberikan kepakaran dan pengetahuan mereka, seperti penganjur bersama saya dari TONGTONG Asia, Old Head Jin (FKA Jin Hackman). Berbanding dengan beberapa negara lain di mana hak wanita sebahagian besarnya didiskriminasi, Malaysia mempunyai pelbagai laluan untuk wanita berjaya. Ya, banyak lagi untuk kami perbaiki secara keseluruhan tetapi langkah seperti ini akan memberi manfaat kepada penambahbaikan agenda kami dalam memperjuangkan wanita melalui seni & budaya dan keusahawanan.

Jika anda berkongsi kepercayaan yang sama seperti Queendom, kami menggalakkan anda, lelaki dan wanita, untuk menjadi sebahagian daripada acara monumental ini kerana 10, 20 tahun ke depan, anda akan berkata ‘Saya berada di sana di Queendom Fest yang pertama. pada 2023!’ – sebuah cara yang baik untuk menjadi sebahagian daripada sejarah.

Zamaera Umum Queendom Fest Festival Muzik Wanita Pertama di Malaysia

Queendom Fest disokong sepenuhnya oleh Kementerian Komunikasi dan Digital melalui My Creative Ventures, sebagai sebahagian daripada usaha mereka di seluruh negara untuk meningkatkan industri kreatif Malaysia melalui Dana Kandungan Digital Persembahan Muzik 2023.

Tiket akan terdiri daripada 4 kategori. Early-bird RM118, GA RM138, Go Kart Bundle RM178 dan Door RM 188 (semua harga tiket adalah tertakluk kepada yuran tiket sebanyak 3%) yang boleh didapati untuk pembelian di laman web rasmi mulai Isnin, 23 Oktober 2023.

Sertai kami di Queendom Fest pada 16 Disember 2023.

 Untuk maklumat lanjut, kemas kini dan butiran tiket, sila lawati: www.queendomfest.info

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Karnival Jom Heboh di Angsana Johor Bahru Mall Mulai 27 hingga 29 Oktober

Sinopsis Kisah Drama Romantik Komedi Popular Korea True Beauty di TV2