in , , ,

Zain Saidin & Rozita Che Wan Sah Bergelar Suami Isteri

Seperti mana yang tertera pada kad jemputan yang dihantar kepada Budiey, Majlis Akad Nikah Zain Saidin & Rozita Che Wan berlangsung pada jam 8 malam ini dengan dihadiri oleh keluarga di kedua belah pihak. Untuk tidak mengecewakan ramai pembaca dan follower di Instagram, Budiey gagahkan diri untuk ke Setia City Convention Centre yang terletak di Shah Alam. Sungguh jauh juga tempat ini. Nasib baik Selangor cuti, takdelah jalan sesak nak ke sana. Dari KL ke Setia City, makan masa 45 minit jugalah. Sebenarnya, inilah pertama kali Budiey menjejakkan kaki di Setia City Convention Centre yang terletak bersebelahan je dengan Setia City Mall. Tempatnya nampak sangat luas dan selesa.

Inilah juga pertama kali Budiey menghadiri majlis akad nikah yang sangat eksklusif dan Budiey dapat saksikan sendiri tidak ramai fotografer dan setiap media yang datang adalah yang sangat beruntung kerana mendapat berita yang cukup eksklusif. Syabas buat majlis ini sebenarnya. Apa yang Budiey boleh katakan kat sini, majlis nikah Zain dan Rozita sangat EKSKLUSIF. Ya, eksklusif untuk Astro. Tahniah Astro!

Apa-apa pun, dengan sekali lafaz, pelakon Zain Saidin akhirnya sah menjadi suami kepada aktres Rozita Che Wan di majlis akad nikah yang berlangsung jam 9.10 malam tadi. Pasangan itu dinikahkan oleh Ketua Pendaftar Nikah Negeri Selangor, Ustaz Alwi Parman. Rozita pula diwalikan oleh adiknya, iaitu Roshidi Che Wan.

Pelakon itu menerima sembilan peti hantaran termasuklah wang hantaran dalam bentuk cek berjumlah RM23,200, mas kahwin RM9,300 dan juga cincin nikah bernilai RM93,000.

Zain Saidin menyerahkan 9 dulang hantaran berupa 3 utas tas tangan berjenama, 5 pasang kasut, manisan cokelat, wangian, kain pasang, tepak sireh, cek hantaran , telefon bimbit dan al-Quran bersama sejadah.

Sementara Che Ta turut membalas 9 dulang hantaran berupa 5 pasang kasut LV, 5 helai kemeja T, set barangan kulit LV, kek, sireh junjung, wangian 5 set, 5 pasang baju melayu, seutas gelang pandora dan sebentuk cincin.

Budiey

Pada majlis tersebut, Zain atau nama sebenarnya Mohamad Zain Mohd Saidin yang memakai baju Melayu warna krim masuk ke dewan lebih awal dan diikuti oleh Rozita kira-kira pukul 8.30 malam.

Rozita menggayakan kebaya moden berwarna sama rekaan Man Kajang. Wanita itu kemudian disarungkan cincin pertunangan oleh ibu Zain iaitu Siti Aishah Abdullah sebelum majlis akad nikah bermula.

Pada majlis itu Rozita turut menggayakan barangan kemas pertama delima terdiri daripada tiara berlian, dua bentuk cincin, sepasang anting-anting labuh, rantai leher dan dua pasang rantai tangan bernilai RM6.5 juta tajaan Habib Jewels.

Sementara itu Zain berkata, dia gembira akhirnya dia menjadi suami kepada Rozita dan berharap agar perkahwinan mereka akan mekar sehingga ke akhir hayat.

“Selama ini kami susah senang bersama. Walaupun masing-masing sibuk dengan karier, Alhamdulillah, kami akhirnya disatukan juga. Harap-harap tiada lagi gosip berkaitan dengan kami selepas ini.”

Seramai 200 tetamu termasuklah keluarga dan rakan media menghadiri majlis akad nikah bertemakan ala taman itu. Antara selebriti yang hadir ialah Tasha Shilla, Nur Fathia, Ayu Raudhah, Mazlan (Pet Pet), kakak Zain iaitu Sasha Saidin, Micheal Ang dan Azza (Elite).

Majlis persandingan kedua-dua mempelai akan diadakan pada Jumaat ini di Grand Ballroom, Pusat Konvensyen Setia City pada pukul 8 malam.

Astro Ria menerusi saluran 104 merupakan penyiar rasmi bagi majlis akad nikah dan persandingan kedua-dua pengantin itu.

Rozita yang merupakan seorang janda mempunyai dua orang anak iaitu Aniq Ezzra, 15, dan Ammar Effendy, 17, hasil perkahwinan terdahulu dengan Azuar Effendy Zulkafly, 41. Mereka berpisah pada 2003.

Foto Kredit: Ikram Ismail

Zain Saidin Zain Saidin & Rozita Che Wan Bergelar Suami-Isteri

Zain Saidin Zain Saidin & Rozita Che Wan Bergelar Suami-Isteri

Zain Saidin Zain Saidin & Rozita Che Wan Bergelar Suami-Isteri

Zain Saidin Zain Saidin & Rozita Che Wan Bergelar Suami-Isteri

Zain Saidin Zain Saidin & Rozita Che Wan Bergelar Suami-Isteri

Zain Saidin Zain Saidin & Rozita Che Wan Bergelar Suami-Isteri

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Hantaran Mewah Majlis Nikah Zain Saidin & Rozita Che Wan

Lee Hom Meriahkan Pesta Muzik Planet EUPE 2014