Nampaknya, cinta pelakon kacak Zain Saidin semakin teguh dan utuh buat Rozita Che Wan. Cinta sejati katanya lahir dari hati yang murni. Baru-baru ini, Zain Saidin menerima kejutan dari Che Ta sempena hari jadinya. Selepas mengatur majlis hari lahir untuk kekasih hati, Zain Saidin, 29, di sebuah restoran di Kuala Lumpur, kira-kira dua minggu lalu, malam kelmarin, tiba pula giliran pelakon jelita, Rozita Che Wan (Che Ta) yang diraikan secara kejutan. Wow, bertuahnya pasangan ini. Sangat romantik dan saling buat kejutan.
Bertempat di sebuah restoran di pusat beli-belah urban, Publika di Solaris Dutamas, Rozita yang genap 39 tahun pada 9 Mac lalu, diraikan Zain dan beberapa teman rapat dalam majlis yang dirancang atas inisiatif penerbit Zeel Production Sdn Bhd, Fadzil Teh.
Rupa-rupanya, kali ini adalah tahun ketiga Zain dan Rozita meraikan hari jadi bersama.
Andai Zain menerima jam tangan jenama Maurice Lacroix daripada Rozita tempoh hari, Zain pula menghadiahkan gelang emas dari Habib Jewels buat cinta hatinya itu pada majlis berkenaan.
Semoga pasangan ini akan bernikah cepat-cepat ya.