in ,

Zain Amri Artis Malaysia Pertama Adaptasi Lagu Hit Balada JYP

ZAIN KEMBALI SEBAGAI ARTIS PERTAMA MALAYSIA DENGAN ADAPTASI LAGU HIT BALADA JYP

Zain Amri, atau lebih dikenali sebagai Zain, muncul kembali ke industri muzik tanahair dengan album solonya yang bertajuk Just Zain.

Sebagai ahli kumpulan Soulstreet yang dikenali dengan muzik R&B mereka pada tahun 1996, Zain juga telah bergiat sebagai pengacara TV di dalam beberapa rancangan terkenal seperti Zoom (Astro Ria), Rice Mice (TV2), Take A Break (TV3) dan telah menjadi seorang DJ di WOW FM.

Walau bagaimana pun, selepas mendapat ijazah, dia meninggalkan industri media dan berkecimpung di dalam dunia korporat. Kemahiran Zain di dalam bidang komunikasi telah membawanya ke beberapa jawatan penting seperti Planning Strategist di Grey Group Malaysia dan Naib Pengarah Komunikasi bersama Iclif Leadership and Governance Centre, sebuah pertubuhan Bank Negara Malaysia.

ZAIN AMRI

Untuk seseorang sepertinya yang sudah agak berjaya sebagai ahli korporat, keputusan Zain untuk kembali ke dunia hiburan mungkin boleh dianggap ganjil tetapi untuk Zain, ia adalah suatu impian yang telah lama membara didalam dirinya dan telah dipengaruhi oleh beberapa peristiwa peribadi termasuk kematian seorang sahabat karibnya.

“Ia telah menyedarkan saya yang kehidupan adalah rapuh dan saya ingin kehidupan yang lebih bermakna dengan melakukan apa yang diidamkan. Saya tidak pernah berhenti menyanyi dan menghibur. Saya sentiasa mengambil peluang untuk melakukannya pada bila-bila masa walaupun sambil bekerja.”

Kini, Zain telah kembali dengan pelancaran dua single, iaitu Arms Around Me dan Semoga Bahagia (Say Goodbye). Arms Around Me telah pun mencapai tangga ke-5 di carta Hitz.fm Malaysian English Top Ten (MET 10) dan muzik video Semoga Bahagia sedang disiarkan di Astro Hitz.

Muzik video Arms Around Me adalah arahan DJ Cza dari Czakutfilms dan Kartel Records manakala video Semoga Bahagia telah diarah oleh Ismail Jamaludin, seorang pengarah yang telah memenangi beberapa anugerah di peringkat antarabangsa dan juga telah diterbitkan oleh Reservoir Production, pemenang BMW Shorties 2011 dan penerbit video Yuna, Sparkle. Kedua-dua muzik video Zain telah mendapat perhatian yang menggalakkan di Youtube.

Zain akan melancarkan album solo sulungnya Just Zain pada 26 Mei 2012 dibawah naungan labelnya sendiri, Numoment Entertainment dan diterbitkan bersama Damian Mikhail (VE dan Soulstreet) dan Rafik (Rafikoncept). Album ini memaparkan beberapa artis-artis undangan terkenal seperti artis-artis hip-hop Caprice dan Kraft.

Dengan penyeliaan terperincinya sendiri, setiap lagu di dalam album ini telah diterbitkan berdasarkan pandangannya mengenai dunia hiburan. Dengan dorongan cita-citanya, dia menampilkan corak muzik yang berkesinambungan dengan keperibadiannya.

Lagu yang diutamakannya adalah Lagu Ini, sebuah adaptasi lagu hit balada Korea iaitu “Inorae (This Song)” gubahan Park Jin-Young (JYP), yang terkenal sebagai penggubah lagu “Nobody” oleh Wondergirls, juga diasaskan olehnya. Ini boleh dianggap suatu penghormatan untuk seorang “muka baru” sepertinya kerana telah diberi kepercayaan oleh seorang penggubah antarabangsa terkemuka.

“Ini adalah salah satu langkah kehidupan yang paling berisiko bagi saya. Impian saya adalah untuk berkongsi muzik saya dengan semua, tidak kira bangsa, agama atau negara.

Jadilah antara yang pertama untuk memiliki Just Zain dan saksikan persembahan livenya yang pertama pada 26 Mei 2012 di 7atenine. Persembahan akan memaparkan lagu-lagu dari album Just Zain dan juga beberapa lagu hit cover yang diminati ramai.

Band pada malam itu adalah band projeknya sendiri iaitu Amri yang menggabungkan pemuzik-pemuzik seperti Ijo (gitaris utama Monoloque), Jaja (bekas basis Hujan), Bak (keyboard), Sudin (drums) dan diterajui Rafik (Rhodes organ). Soulstreet juga akan melakukan satu persembahan reunion dan juga penampilan istimewa dari Kraft.

Harga masuk adalah RM69.00 seorang (termasuk minuman pertama dan CD album Just Zain percuma). Untuk tempahan, sila hubungi 7atenine di +6012 210 3055 atau +603 2161 7789.

Album Just Zain boleh didapati bermula 27 Mei 2012, di internet melalui iTunes store and juga zainamri.com, dan juga di kedai-kedai muzik yang berhampiran.
Untuk maklumat lanjut, layari zainamri.com atau hubungi Izreen Abdullah di [email protected] atau +6012 323 0302.

ZAIN AMRI

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Wan Sharmila Jadi Wanita Tabah Dalam Slot Citra Arah Lain Ke Syurga

Impiana KLCC Hotel’s New Club Tower Launching