[dropcap]D[/dropcap]i petang yang damai dan berjerubu ini, Budiey mendapat berita gembira di mana pasangan selebriti sejoli sehati sejiwa yang juga pelakon Zahiril Adzim & Shera Aiyob telah dikurniakan anak sulung pada hari ini. Wah! Seronoknya.
Berita ini disampaikan oleh Zahiril Adzim sendiri melalui Twitter miliknya. Zahiril atau Budiey selalu panggil dia Bob sangat bersyukur sambil mengucapkan Good job untuk Shera Aiyob.
“Syukur Ya Allah… Alhamdulilah. Welcome to the world my boy. Good job Mummy @SheraAiyob u did very well! Im the happiest daddy in the world.”
Sekaligus, Budiey tengok di Twitter, ramai yang mengucapkan tahniah buat Zahiril Adzim termasuklah beberapa orang rakan pelakon dan selebriti.
Budiey ucapkan sekalung tahniah buat pasangan ini. Budiey sebenarnya tak sabar nak tengok gambar baby boy hasil persenyawaan antara Bob dan Shera ni. Mesti comel, cute dan sebagainya ya. Semoga menjadi anak yang soleh dan berguna kepada semua orang. Insyaallah.
Sebelum ini, Shera ada cakap yang dia tak menolak tawaran untuk kembali berlakon selepas bersalin, sebab dia sangat rindu dengan dunia lakonan. Cuma dia mungkin akan lihat watak dan lokasi penggambaran terlebih dahulu.
Zahiril juga ada berkata, dia tidak menghalang isterinya itu untuk terus aktif dalam bidang lakonan selepas ini. Katanya, dia akan menyokong apa jua keputusan Shera, asalkan tidak mengabaikan anak mereka kelak.
Inilah momen paling dinantikan bagi mana-mana pasangan yang baru berkahwin adalah kelahiran cahaya mata yang bakal melengkapkan rumah tangga dibina.