in , , ,

Zahiril Adzim & Ozlynn Watie Dalam Telemovie SIAPA TAK SAYANG LAKI di TV2

Kisah seorang suami yang menghadapi krisis rumah tangga apabila beliau tertekan dengan beban kewangan. Isterinya sibuk dengan kerjaya sendiri dan melepaskan tanggungjawab urusan rumah dan anak-anak kepadanya. Malah mereka tiada persefahaman dan tolak ansur kerana isterinya hanya menggunakan duitnya untuk berbelanja sendiri dan bercuti sendirian.

Dilema yang dihadapi seorang suami dalam menguruskan perbelanjaan kewangan keluarganya yang terbeban ke atas dirinya seorang. Realitinya kisah ini berlaku dalam kalangan masyarakat kita apabila tidak wujudnya persefahaman dalam menjalani kehidupan berkeluarga. Namun jika pasangan suami isteri itu mengamalkan sikap bertoleransi pastinya tidak timbul isu sebegini.  

Dibawakan watak utama pasangan suami isteri oleh pelakon Zahiril Adzim dan Ozlynn Watie, kisah ini melatari telemovie kekeluargaan bertajuk “Siapa Tak Sayang Laki” pada 25 April ini, pukul 10.00 malam menerusi saluran TV2.

Telemovie arahan Hashim Rejab ini turut dibintangi oleh Kazaruddin Saisi, Fariz Isqandar dan Gya Natasya.

STSL_08

Ia mengisahkan Yunus bekerja sebagai akauntan syarikat manakala isterinya Liza sebagai seorang ejen hartanah dan mereka memiliki dua orang anak. Yunus terpaksa mengikat perut demi untuk menanggung semua perbelanjaan keluarga manakala isterinya bersikap boros dan sentiasa melancong ke luar negara sendirian. 

Sementara itu rakan sekerja Yunus iaitu Ghani dan Aziz melakukan pecah amanah duit syarikat sebanyak RM1 juta. Mereka cuba untuk menyogok Yunus tetapi gagal akibat sikap Yunus yang jujur. Yunus bertemu dengan rakannya, Osman dan berkongsi masalahnya. 

Atas nasihat temannya itu, Yunus hilang hampir seminggu dan Liza yang mula panik, membuat laporan polis. Bersusah payah dia cuba untuk mencari suaminya itu ke mana sahaja. Namun usahanya tetap gagal. Yunus hilang tanpa jejak dan sebarang pesan. 

STSL_02

Dalam pada itu kemudiannya kegiatan pecah amanah terbongkar apabila Ghani mengaku bersalah. Yunus ingin kembali ke pangkuan isteri dan keluarganya. Namun adakah Liza sedia untuk berubah membantu Yunus menguruskan keluarga mereka?

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Yang Baru Lagi Terkini Tentang SURIA FM 2017

Filem THE IMPOSSIBLE, Kisah Benar Tentang Tsunami 2004 di TV2