Hangat diperkatakan tentang isu pakaian pelakon Zahirah MacWilson yang menggayakan gaya ala Harajuku di Tokyo, Jepun semasa mengikuti percutian bersama AirAsia. Ini merupakan kali pertama Zahirah menjejak kaki ke Tokyo.
Melalui portal Berita Harian, pelakon jelita itu ada bagi jawapan.
“Saya bukan saja-saja pakai macam tu tetapi untuk kerja,”
Baru-baru ini, pelakon berusia 23 tahun itu berkongsi gambar memakai skirt singkat metalik dan blaus lengan panjang merah jambu di akaun Instagram miliknya.
Menurut Zahirah, penampilan itu adalah fesyen Harajuku yang terkenal di negara matahari terbit itu.
“Pakaian itu disediakan team Air Asia X sempena kunjungan saya ke Tokyo.”
“Saya cuma memenuhi tuntutan kerja dan bukan berpakaian seperti itu kerana suka-suka.”
Pelakon Jangan Benci Cintaku itu berkata sudah menjangka penampilannya akan menimbulkan rasa kurang senang segelintir netizen.
“Saya sedar isu pemakaian menampakkan paha, tidak berlengan dan seksi sensitif di Malaysia.
“Namun, saya melakukanya kerana kerja. Begitu juga apabila berlakon, ada babak yang saya perlu menjadi gadis suka berparti, berpakaian seksi dan antagonis.”
Kata Zahirah lagi, ada netizen salah anggap gambar terbabit dan mula membuat fitnah dengan melemparkan pelbagai komen negatif.
“Malah, ada blog turut mendakwa saya ke Tokyo untuk bercuti” katanya.
Yang penting Zahirah happy…