Walau bagaimanapun, penampilan pelakon berusia 25 tahun itu yang kekal cantik dan langsung tidak menunjukkan perubahan berat badan telah mendapat pujian netizen.
Menerusi laman Instagram miliknya, pelakon filem Curi-Curi Cinta itu telah berkongsi gambar Oufit Of The Day (OOTD) dirinya yang sedang hamil lapan bulan.
Walaupun mengakui beratnya bertambah hampir 10 kilogram sepanjang proses kehamilan, namun dia tetap kelihatan langsing dan cantik seperti sebelum ini.
Perkongsian gambar tersebut meraih pelbagai reaksi netizen yang mengatakan bahawa perut Zahirah yang sarat hamil sama seperti mereka ketika hamil empat bulan.
Dalam pada itu, rata-rata warganet turut mendoakan agar proses kehamilan dan bersalin nanti akan dipermudahkan kelak.
Pada penghujung Oktober lalu, Zahirah dan suaminya terbang ke Australia dan menjalani kuarantin selama dua minggu terlebih dahulu sebelum pulang ke rumah ibunya di Perth.