in

Zahirah MacWilson Menangis Dicium Aiman Saat Kongsi Video Detik Kehamilan

Pelakon, Zahirah MacWilson yang kini sedang hamil anak pertamanya ada berkongsi momen indah bersama suami, pelakon Aiman Hakim Ridza.

Pelakon, Zahirah MacWilson yang kini sedang hamil anak pertamanya ada berkongsi momen indah bersama suami, pelakon Aiman Hakim Ridza.

Menerusi perkongsian sepotong video berdurasi lebih tiga minit itu, Zahirah mengimbau kembali saat membuat kejutan tentang kehamilan pertamanya.

“Kehidupan penuh dengan kejutan & inilah yang  terbaik @aimanhakimridza.

“Banyak orang telah memberi ucapan & doa kepada saya dan saya sangat berterima kasih atas semua kasih sayang dan sokongan.

“Kalian mengingatkan saya mengapa saya suka berkongsi perkara dengan anda semua,” tulisnya.

Dalam pada, pelakon berusia 29 tahun ini mengakui turut menerima perkongsian pengalaman peminat yang berasa sedih kerana masih belum dikurniakan cahaya mata.

Lalu, Zahirah menitipkan kata semangat dan doa agar semua insan yang bergelar wanita berpeluang menjadi seorang ibu.

“Namun, ada juga yang berkongsi dengan saya kisah-kisah tentang bagaimana mereka berusaha untuk mengandung tetapi tidak bernasib baik.

“Untuk pesanan ini, saya meluangkan masa untuk menghargai apa yang telah diberkati oleh Allah SWT dan untuk pesanan ini juga,

“saya berdoa kepada semua wanita yang tidak peluang untuk membawa si kecil yang berharga ke dunia ini akan menjadi ibu suatu hari nanti

“Menjadi seorang ibu selalu menjadi impian saya dan saya benar-benar berdoa agar anda semua menjadi ibu suatu hari nanti.

“Percayalah waktunya, tetap positif dan jangan pernah putus asa dengan doa-doa itu.  InsyaAllah, tangan anda akan memegang jari kaki kecil itu satu hari

“Halaman Peribadi Episod 2 kini ada di youtube.  Pautan di bio.

“Saya mendengar lagu yang indah ini awal hari ini dan jatuh cinta dengan melodi & liriknya.  @shahilaamzah terima kasih kerana mencipta lagu ini, harap anda tidak keberatan saya mencurinya selama satu atau tiga minit  Muzik: “Penyejuk Hati” @shahilaamzah,” tulisnya panjang lebar.

Sehingga kini, video tersebut sudah pun ditonton jutaan kali oleh wargamaya.

Sekadar informasi, Zahirah mendirikan rumah tangga bersama Aiman pada 20 Februari 2020 dan usia kehamilannya sudah mencecah usia hampir 7 bulan.

Video: Instagram Zahirah MacWilson

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Datin Sofia Jane Kongsi Gambar Kahwin Sempena Ulangtahun Perkahwinan

Isteri-Isteri Hantar Spiderman, Kejutan Hari Jadi Ashraf Muslim