Pelakon cantik, Zahirah Macwilson mengesahkan dia sedang hamil anak sulung hasil perkahwinannya dengan Aiman Hakim Ridza. Zahirah mengumumkan berita gembira itu menerusi entri terbaru di laman Instagram miliknya.
Menerusi posting tersebut Zahirah memuat naik gambar keadaan bayi menerusi imbasan ultrasound.
“6 bulan membesar anak kecil kami.
“Ibu dan ayah tak sabar nak jumpa kamu,”
Sementara itu, menerusi Instagram suami Zahirah yang juga pelakon Aiman Hakim Ridza turut berkongsi berita sama.
“Sangat teruja untuk bertemu cahaya mata ini yang juga sebahagian daripada saya dan cinta hati saya iaitu Zahirah,”
Di ruangan komen, rata-rata peminat mengucapkan tahniah kepada Zahirah dan suami serta tidak sabar mahu menantikan kelahiran cahaya mata pertama mereka.
Selain peminat, rakan artis juga tidak ketinggalan memberi kata-kata positif dan antara yang kelihatan termasuklah Eyra Hazali, Lisa Surihani, Elfira Loy, Aeril Zafrel dan ramai lagi.
Anda boleh lihat posting penuh Zahirah di bawah.
“Tahniah Ira dan Aiman happy for you both” ujar Amelia Henderson.
“Alhamdulillah, congrats kak!” tulis Eyra Hazali.
Aiman dan Zahirah mendirikan rumah tangga pada 20 Februari lalu dalam sebuah majlis di Mercu Mustapha Kamal, Petaling Jaya.
Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 8 Jun tahun lalu di kediaman keluarga aktres itu di Perth, Australia selepas enam bulan bercinta.
Kami di Budiey Channel mendoakan semoga proses kehamilan berjalan lancar.