in ,

Zahirah MacWilson Martabatkan Irama Ghazal Dalam Telemovie GHAZAL YANG HILANG

Ghazal menemui era kegemilangannya sekitar 1950-an di Johor dan sebagai memartabatkan irama ghazal muzik yang cukup unik dan istimewa ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menterjemahkannya dalam telemovie istimewa yang bakal menemui peminat salurannya di TV1.

Perjuangan seorang gadis untuk menghidupkan kembali kesenian ghazal yang hampir hilang di kampungnya melatari telemovie bertajuk “Ghazal Yang Hilang” pada 15 Julai ini, pukul 9.30 malam mengisi slot Panggung Seri di TV1.

Ghazal Yang Hilang_106

Zahirah MacWilson Martabatkan Irama Ghazal Dalam Telemovie “Ghazal Yang Hilang” di TV1

Menariknya telemovie arahan Mejar Zainal Hayat ini menampilkan lakonan mantap Zahirah MacWilson di samping Idris Md Diah, Liza Abdullah, Mubarak Majid, Qazem Nor selain penampilan istimewa Fauziah Gambus.

Kisahnya mengenai seorang gadis bernama Zahra yang menetap di Australia kembali ke kampung asal bapanya untuk menziarahi datuk dan neneknyanya. Datuknya merupakan bekas anggota kumpulan ghazal “Sri Murni” yang telah pun berkubur.

Zahra tertarik kepada ghazal dan berusaha untuk menghidupkannya kembali. Bagaimana pun dia menghadapi masalah kerana ghazal telah pun diharamkan di kampung itu oleh Pak Hambali, bekas ketua kampung.

Zahra tetap berusaha memujuk orang-orang kampung yang pernah terlibat dengan ghazal untuk membantunya menghidupkannya kembali. Dia juga berusaha untuk mendekati Hamid, pemain gambus yang merupakan anak kepada Pak Jumat, anggota “Sri Murni” yang meninggal semasa persembahan.

Usaha Zahra ditentang oleh Pak Hambali dan anaknya Hanafi telah memberi amaran kepada Zahra. Hanafi juga merupakan pengurus koperasi di kampung tersebut yang telah pecah amanah.

Ternyata usaha Zahra tidak sia-sia kerana dia berjaya mengumpulkan kembali pemain ghazal dan menubuhkan “Sri Murni 2”. Kemunculan Mahani anak Pak Hambali sebagai penyanyi ghazal berjaya mengubah pendirian Pak Hambali kepada ghazal.

Ghazal Yang Hilang_104

Ghazal Yang Hilang_07 (1)

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Elfira Loy & Sufian Bakal Nikah Tahun Depan

Celcom & Grab Jalin Kolaborasi Mencetus Gaya Hidup Digital