TERLUKA – lagu ciptaan Aiman (Zul 2by2) lirik oleh Pujangga Malam dan Anje Maya merupakan lagu balada yang pastinya akan mengimbau kembali zaman kegemilangan kumpulan remaja lewat 90an dan ke atas.
“Sumpah lagu ni best sangat, bila dengar melodi lagu ni mula- mula saya terbayang kumpuluan New Boyz, boboy, Spin dan lain lain.
Tapi Bila lagu sedap sure cabaran nya besar juga. Untuk mendapat feel lagu ni sewaktu di studio saya memang perlukan bimbingan Abang Zul.
Di awal rakaman saya perlu ambil sedikit masa untuk menjiwai lagu ni, tapi serius best gila bekerja dengan abang Zul.
Ini satu pengalaman yang baru buat saya bila bekerja dengan komposer yang teliti macam abang Zul,”
– Zack
Single terluka di rakamkan di NAR studio. TERLUKA merupakan single ke 4 Zack Zakwan setelah Kenangan, Diselubung Rindu dan Bagaimana (Duet bersama Muna Shahirah)
Mengimbau kenangan manis Ketika layak di pentas separuh akhir Juara lagu menerusi lagu Bagaimana. Zack menzahirkan rasa terharu dan teruja kerana sampai ke tahap itu.
“Saya tak pernah sangka secepat ini saya sampai ke pentas separuh akhir AJL walaupun tak dapat ke peringkat akhir.
Tapi saya rasa sangat puas sebab saya dah buat sehabis baik. Tak sia sia saya mendapat bimbingan cikgu Syafi.
Kerana saya boleh lihat sendiri perubahan keupyaan vokal saya selepas belajar Teknik nyanyian yang betul.
– Zack
Bercakap tentang lagu terluka, Zack berkata tidak kisah jika ada pendengar akan ingat ini single terbaru tomok.
“Kerana sewaktu sessi rakaman PR saya tegur. Eh kenapa dari luar dengar macam tomok.
Jujur saya katakan saya tidak meniru siapa siapa dalam nyanyian,apa yang saya bawakan itu adalah saya dan mungkin kebetulan feel lagu ini berjiwa begitu,”
– Zack
Zack berharap single ke 4 ini membawa tuah kepada dirinya untuk berdiri sebagai penyanyi solo yang dikenali dan tidak hanya bersandarkan pada populariti lagu duet Bagaimana.