Melihat pada gambar dikongsikan, Yusuf menunjukkan tangannya dipakaikan gelang merah jambu.
Yusuf atau nama sebenarnya Muhammad Yusuf Bahrin, 29, bagaimanapun mengakui keadaan kesihatannya kini semakin baik, namun badannya masih sedikit lemah dan perlu terus berehat.
“Alhamdulillah, setakat ini tiada (simptom) yang serius atau teruk buat masa sekarang. Hanya deria bau dan rasa saja masih belum ada. Saya juga mengalami batuk-batuk dan sedikit pening pada waktu-waktu tertentu. Buat masa sekarang, kuarantin di rumah adik saya saja,”
– Yusuf Bahrin
Pelakon drama ‘Perempuan Tanpa Dosa’ itu berkata, dia juga terpaksa menangguhkan pengambilan vaksin dos kedua atas saranan doktor selepas dijangkiti virus terbabit.
“Insyallah pada 20 Ogos ini, tempoh kuarantin saya berakhir dan ujian calitan seterusnya tak pasti lagi bila. Saya cuma tunggu apa keputusan doktor nanti.
“Temujanji untuk dos kedua vaksin saya pun terpaksa ditunda ke tarikh sebulan selepas bebas sepenuhnya daripada virus ini. Itu pun atas nasihat doktor,” jelasnya.
– Yusuf Bahrin