Pasangan suami isteri Yusry dan Lisa Surihani sepakat untuk tidak membuka akaun laman sosial khusus buat Yahaira Leanne.
Menurut Lisa, memandangkan anaknya itu masih kecil, dia dan suaminya mahu buah hati kesayangan mereka itu menikmati dunianya seperti kanak-kanak lain.
Bagaimanapun Lisa dan Yusry tetap menghormati pandangan berbeza masyarakat dalam hal tersebut.
“Tidak bermakna saya betul atau ibu bapa lain salah berhubung hal ini kerana terpulang kepada mana-mana individu mengeluarkan pandangan, apatah lagi masing-masing mempunyai cara dalam menjaga atau mendidik permata hati”
“Bagi saya, apa yang saya katakan ini adalah berkenaan kami, bukannya merujuk kepada orang lain. Pada waktu sama kami amat menghormati pendirian ibu bapa lain”
“Sekarang pun Yahaira masih terlalu kecil dan belum faham keadaan sekeliling, jadi biarlah dia menikmati dunianya sperti kanak-kanak lain.
Kalau dia sudah mengenal teknolgi, kami biarkan dia buat pertimbangan sendiri. Bukan kami atau orang lain mewujudkannya,” jelas Lisa seperti yang dilaporkan BH Plus.