Difahamkan, lafaz cerai akan dibuat Syamsul pada 18 April ini iaitu beberapa hari sebelum hari raya Aidilfitri di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.
Saya dan isteri akan terus menjalin hubungan silaturahim yang rapat dengan besan kami, keluarga Puteri Sarah seperti selalu.
– Datuk Yusof Haslam
Terdahulu, pengarah dan penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam serta isterinya, Datin Patimah Ismail reda dengan keputusan yang akan dicapai anak menantunya. Sebagai ibu bapa, mereka berharap keputusan itu baik untuk dua-dua pihak.
Walaupun mahu Puteri Sarah dan Syamsul terus bersama, Yusof Haslam berkata apa yang terjadi sudah ditentukan Allah SWT.