Wanita kelahiran Bandung itu menganggap pemilihan Kuala Lumpur sebagai destinasi pertama konsertnya sebagai ketentuan Tuhan.
“Sebetulnya, saya merancang untuk ke Kuala Lumpur, dua tahun lalu tetapi akibat pandemik COVID-19 hasrat ini tertangguh.
“Akhirnya impian terlaksana dan secara kebetulan, saya baru meluncurkan single baharu berjudul Jalan Pulang dan meraikan ulang tahun ke-10 dalam dunia nyanyian, jadi mahu rai di sini.
“Selepas pulang dari Kuala Lumpur barulah saya akan ke kota Indonesia lain. Mungkin destinasi terakhir di kota kelahiran, Bandung sesuai dengan judul single Jalan Pulang,”
Yura ditemui pada majlis sidang media Pertunjukan Tutur Batin Live Concert yang bakal berlangsung di Zepp Kuala Lumpur, malam ini.
Bakal mendendangkan 17 lagu malam ini, bekas peserta program The Voice itu menjadikan curahan jiwa sebagai bekal dalam karyanya.
Penyanyi berusia 31 tahun ini juga memberitahu, konsert malam ini akan menjadi pentas terbaik buat dirinya berkongsi apa yang dilaluinya bukan sahaja sebagai anak seni, malah wanita dan isteri.
“Sejak album pertama sehingga Merakit dan kini, Tutur Batin, ada banyak perkara yang ingin dikongsikan bersama peminat menerusi karya.
“Pertunjukan Tutur Batin Live Concert Kuala Lumpur akan menjadi pentas saya dan peminat berkongsi rasa dan meraikan kehidupan yang penuh berliku, tetapi tidak pernah patah semangat sentiasa berjuang.
“Setiap kita mempunyai dugaan berbeza, sama seperti saya. Cuma, saya diberi kelebihan untuk berkongsi melalui lagu-lagu ciptaan saya yang akan dipersembahkan kepada peminat di Malaysia,” kata anak didik kepada Glen Fredly yang cukup popular menerusi lagu puitis seperti Dunia Tipu-Tipu, Cinta dan Rahasia dan Tutur Batin.
Yura Yunita tunai janji buat peminat di Malaysia
Hampir 10 tahun mencipta nama sebagai anak seni, ternyata nama Yura Yunita tidak lagi asing buat peminat muzik di Indonesia dan Malaysia. Terkenal melalui lagu-lagu ciptaannya yang cukup puitis, setiap karya bekas peserta pertandingan realiti, The Voice ini juga bagaikan magis yang mampu menjadi penyembuh jiwa buat si pendengar.
Bakal membuat Pertunjukan Tutur Batin Live Concert Kuala Lumpur, ternyata ini merupakan momen penting buat penerima anugerah Artis Solo Wanita Pop Terbaik pada Anugerah Anugerah Musik Indonesia 2022 ini.
Berkongsi perasaan teruja untuk bertemu dengan peminat di negara ini, jelas Yura tempoh dua tahun menyimpan impian untuk beraksi secara langsung di hadapan peminat di Malaysia membuatkan dia cukup bersyukur diberikan kesempatan ini.
Tambahnya, konsert yang bakal berlangsung di Zepp Kuala Lumpur ini juga merupakan lokasi pertama jelajah konsertnya.
“Menjadi impian terbesar saya untuk mengadakan persembahan di Kuala Lumpur. Jadi ini adalah antara impian yang direalisasikan, saya sangat bersyukur dengan komitmen yang diberikan semua pihak dalam menghasilkan konsert ini.
“Paling indah, Kuala Lumpur juga merupakan lokasi pertama konsert sebelum ke lokasi lain. Semoga dengan penghargaan kecil ini dapat melunaskan hutang saya kepada peminat di sini yang sentiasa memberi sokongan tidak berbelah bahagi,” katanya.
Menjadikan curahan jiwa sebagai bekal dalam karyanya, penyanyi berusia 31 tahun ini juga memberitahu Pertunjukan Tutur Batin Live Concert Kuala Lumpur akan menjadi pentas terbaik buat dirinya berkongsi apa yang dilaluinya bukan sahaja sebagai seorang anak seni tetapi seorang wanita dan juga isteri.
“Sejak album pertama sehingga Merakit dan kini, Tutur Batin, ada banyak perkara yang ingin saya kongsikan bersama peminat menerusi karya.
“Pertunjukan Tutur Batin Live Concert Kuala Lumpur akan menjadi pentas saya dan peminat berkongsi rasa dan meraikan kehidupan yang penuh berliku, tetapi tidak pernah patah semangat untuk sentiasa berjuang. Soalnya setiap daripada kita mempunyai dugaan berbeza, sama seperti saya. Cumanya saya diberi kelebihan untuk berkongsinya melalui lagu-lagu ciptaan saya yang akan saya persembahkan kepada peminat saya di Malaysia,” katanya.
Merupakan rakan duet mendiang Glenn Fredly untuk lagu, Cinta Dan Rahasia, Yura yang juga penerima anugerah Pencipta Lagu Terbaik pada Anugerah Musik Indonesia 2017 (AMI 2017) dan menjadi Penyanyi Solo Wanita Terbaik (AMI 2018) akan membawakan lagu-lagu terbaiknya pada konsert tersebut antaranya Tutur Batin dan Dunia Tipu-Tipu.
“Dua tahun saya menantikan saat ini, jadi saya janji untuk memberikan yang terbaik buat penonton di konsert ini.Saya juga memohon peminat saya untuk hadir memberikan sokongan kepada saya.
“Saya juga ingin berterima kasih kepada pihak penaja Wardah yang memberikan kepercayaan kepada saya untuk menghiburkan peminat di sini,” katanya.
Sementara itu Pengarah Urusan Renjana Idea, Aliya Arisya Anuar berkata, pihaknya berbesar hati membawa Yura ke Malaysia dalam menjawab permintaan peminat penyanyi ini yang mahukan Yura mengadakan persembahan di sini.
Yakin dengan kemampuan yang dimiliki penyanyi kelahiran Bandung itu jelas Aliya Arisya Anuar pihaknya yakin Pertunjukan Tutur Batin Live Concert Kuala Lumpur akan memukau peminat di Malaysia.
“Karya Yura mempunyai aura yang kuat dan selalu berbicara mengenai semangat dan inspirasi dalam kehidupan.
“Karyanya banyak menyentuh mengenai kelebihan dan kekurangan manusia sehingga mengajak kita agar kuat percayakan diri.
“Lagu seperti Dunia Tipu-Tipu, Cinta dan Rahasia dan Tutur Batin antara bukti karya Yura memberi inspirasi kepada kita. Disebabkan itulah, Renjana Idea mahu semangat ini dikongsikan dalam konsert nanti,” katanya.