Sangat terkenal dan popular di Indonesia tapi tidak berapa meletop di Malaysia. Tapi dengan ada album terbaru, Yuni Shara berusia 35 tahun mahu menembusi pasaran Malaysia di bawah label Suria Records Sdn. Bhd.
Album ini telah berada di pasaran pada 2 Julai lalu, mempertaruhkan lagu ciptaan Melly Goeslow, Cecep As, Oddie Agam, Deddy Dhukun dan ramai lagi. Lagu Sepi dan Maafkan ciptaan Melly Goeslow penyanyi berusia 35 tahun ini yakin mampu menarik minat peminat muzik tempatan. Yuni akan berada di Malaysia dari 7 hingga 13 Julai ini.
Untuk peminat Yuni, saksikan persembahan Yuni di Konsert Suria FM di perkarangan Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 7 Julai ini yang bermula dari pukul 4 petang hingga 12 malam. Selain Yuni, lebih 50 lagi artis lain akan turut menjayakan konsert itu. Antaranya Slank, Zainal Abidin, Ramli Sarip, Erra Fazira dan Dayang Nurfaizah.