Hari ini dah pun hari Selasa. Kalau minggu lepas ni, masa ni, Budiey sibuk dengan GDA. Demam GDA la katakan masa tu. Tapi minggu ini sibuk dengan story pasal Yuna pulak. Bayangkan, kalau nak kira la, rasanya dekat 5 story atau entri pasal Yuna sahaja. Kira berbaloilah Yuna diterbangkan balik ke Malaysia sebab dapat banyak jawab soalan dari media. Itu tak termasuk dengan story pasal Yuna Galaxy Wonderland lagi tu.
[dropcap]S[/dropcap]atu perkara lagi yang diperjelaskan oleh Yuna semasa Majlis Kesyukuran sempena kemenangan lagu ciptaanya, Terukir Di Bintang di AJL27 ialah Yuna menafikan dia bercinta dengan jurugambar profesional, Julian Schratter. Budiey kira ramai yang tahu pasal Julian Schratter ni.
[pullquote align=”right”]Spekulasi kata Yuna dan Mat Salleh tu bercinta sebab kitaorang ada nampak Yuna selalu upload gambar dia dengan Mat Salleh ni di Instagram.[/pullquote]
Umum dah tahu rasanya, Mat Salleh bergelar Julian Schratter ni sebenarnya telah dilantik oleh Yuna sebagai jurukamera peribadinya dan bertanggungjawab merakamkan segala aktiviti seni penyanyi yang kini bernaung di bawah syarikat rakaman antarabangsa, Verve Music Group itu.
Tapi lain pulak rasanya bila tengok kemesraan mereka berdua menerusi gambar di blog Julian juga di instagram Yuna membuatkan ramai percaya mereka berdua mempunyai ‘hubungan istimewa’.
Apa-apa pun, Yuna dah nafi pasal benda ni dan dia dengan Julian hanya kawan baik. Tiada soal hati dan perasaan. Yuna menegaskan dia kini masih lagi solo dan tak bercinta dengan sape-sape.
“Dia kawan saya. Sebenarnya dia dah lama nak datang ke Malaysia tapi dia tak kenal sesiapa kat sini. Jadi masa bulan November tahun lalu saya balik ke sini dan kebetulan saya terlibat dengan banyak acara hiburan seperti Konsert Urbanscape, konsert jelajah Yuna Homecoming dan persembahan saya yang lain. Memang Julian pernah ikut saya pulang ke Malaysia tahun lepas sebab dia juga mahu tahu dan kenal dengan negara Malaysia.”
“Jadi saya katakan padanya, dia boleh jadi jurugambar saya. Memang sepanjang dia kat sini, tugas dia ambil gambar saya. Secara tak langsung jugak, dia boleh tengok macamana perkembangan muzik dan senario peminat kat Malaysia. Saya pun boleh dapat gambar nanti. Sepanjang Julian berada di Malaysia, saya nampak dia seronok dan enjoy ikut saya.”
Walaubagaimanapun, haaa… Yuna tak menolak jika seandainya dia ditakdirkan ada jodoh dengan Julian dan menegaskan dia mahu pun ahli keluarganya tak pernah melihat atau menilai seseorang itu daripada latar keturunan, malah menegaskan Islam agama yang indah dan mudah dipelajari. Ye la, jodoh Tuhan manalah kita tahu kan.
Yuna turut menegaskan buat masa ini dia tidak mahu memikirkan soal cinta kerana fokusnya hanya pada karier.
“Jodoh kita tak tahu… Saya pun single. Walaupun berlainan agama, bagi saya kita semua sama. Saya tak judgemental, begitu juga dengan keluarga saya. Tapi buat masa sekarang, saya nak fokus pada karier. Umur saya dah 27 tahun, saya tak boleh nak buang masa lagi. Banyak lagi perkara yang saya nak capai dalam karier.”
Elok jugak Yuna berkahwin dengan Julian ni, senang sikit nak balik Amerika Syarikat dan kerja kat sana. Ada la sikit orang jaga dia.