in , ,

Taruhan Perdana Yunadia Menerusi ‘CHA CHA CINTA’, Lagunya Cukup Catchy!

Pendatang Baharu Hadir Dengan Single Pop Sulung Berentak Cha Cha DiBawah Naungan Armani Entertainment Group

Pendatang baharu, gadis kecil molek asal Seri Iskandar, Perak, Syazreen Yunadia Mazlan atau bakal dikenali dengan panggilan Yunadia, hadir mempertaruhkan single pertamanya berjudul ‘Cha Cha Cinta’ ciptaan komposer terkenal negara, Iqie Hugh, dan diterbitkan oleh Armani Entertainment Group (AEG).

“Alhamdulillah, syukur dengan peluang yang diberikan oleh pihak AEG, cita-cita saya untuk muncul dengan single sendiri akhirnya tercapai. Terima kasih khasnya buat Dato’ KK Chua kerana mempercayai bakat yang saya ada sehingga dipilih menjadi artis di bawah naungan AEG,” kata Yunadia memulai bicara.

Menurut siswazah Jurusan Pendidikan (TESL), perjalanan seninya bermula sejak kecil lagi di mana beliau sangat aktif menyanyi di sekolah dengan band yang dipanggil ‘Kombo Cili Padi’ sehingga pernah mewakili Malaysia ke Istanbul bagi sebuah festival kanak-kanak bertaraf antarabangsa.

“Segalanya bermula sebagai hobi dan lama-kelamaan bertukar menjadi sesuatu yang saya idamkan apabila dewasa kelak. Saya sering menyertai pertandingan nyanyian di peringkat universiti, asalkan ada pertandingan saja, saya akan mencuba nasib.

“Sehinggalah pada satu hari saya menghadiri ujibakat ‘The Audition’ yang dianjurkan oleh AEG, ternyata rezeki berpihak kepada saya apabila dipilih sendiri oleh pengarah tersohor, saudara Michael Ang untuk maju ke peringkat seterusnya, setelah itu saya terus dipelawa untuk menjadi artis di bawah naungan AEG,” jelas gadis berusia 21 tahun ini.

cha cha cinta 1440px

Berbalik pada single, Cha Cha Cinta adalah sebuah lagu romantis santai yang mengetengahkan irama cha cha yang jarang kedengaran pada masa kini, namun komposisinya yang bersahaja ditambah pula dengan paduan vokal Yunadia yang mantap, ternyata menyuntik rasa moden dan kontemporari terhadap lagu ini.

“Sewaktu bertemu dengan saudara Iqie, beliau bertanya apakah jenis genre yang saya gemar, saya beritahu yang saya sukakan bunyi old-school seperti cha cha, pada mulanya beliau agak terkejut, namun saya percaya dengan kepakaran beliau dalam mencipta lagu, maka terhasillah Cha Cha Cinta.

Kalau diamati liriknya, lagu ini menceritakan tentang seorang gadis yang sedang memujuk buah hatinya agar tidak merajuk terlalu lama, dengan mendendangkan sebuah lagu cinta untuk memenangi hati si lelaki, mereka akhirnya kembali menjadi satu.

“Ini merupakan pengalaman pertama saya berada di studio rakaman, perasaan gembira, berderbar, semuanya ada! Macam tak percaya dibuatnya kerana apa yang saya impikan selama ini akhirnya menjadi kenyataan.

“Proses rakaman berlangsung selama 2 jam sahaja kerana sebelum itu saya sudah pun melakukan persiapan dari segi mental dan fizikal melalui sesi latihan vokal bersama guru profesional, Cikgu Sarah Ismail yang disediakan oleh pihak pengurusan,” tambah Yunadia lagi.

Meminati penyanyi nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza kerana personalitinya yang rendah diri, dan Hael Husaini kerana keunikan suara yang dimilikinya, Yunadia berhasrat untuk menjadi seperti mereka pada suatu hari nanti.

“Saya sangat mengidolakan mereka berdua kerana kedua-duanya mempunyai pencapaian yang membanggakan sebagai anak seni. Perjalanan saya dalam bidang seni masih lagi jauh, saya ibarat sebuah gelas kosong yang perlu diisi dengan air, dan banyak lagi yang perlu saya pelajari.

“Terima kasih kepada pihak AEG sekali lagi kerana menyediakan platform bagi saya untuk menunjukkan bakat sebagai seorang artis, kita perlu yakin pada masa dan prosesnya. Selain itu, sokongan keluarga dan rakan-rakan yang tidak berbelah bagi menaikkan lagi semangat saya untuk lebih berusaha dalam menjadikan bidang nyanyian sebagai kerjaya,” ujar Yunadia.

Menurut Dato’ KK Chua, selaku Ketua Pegawai Eksekutif Armani Media, “Kami di AEG percaya dengan bakat-bakat anak muda zaman sekarang, AEG bakal melahirkan bintang-bintang baharu yang bakal menggegarkan industri muzik Malaysia pada satu hari nanti.

“Semoga pengenalan sulung Yunadia melalui single Cha Cha Cinta dapat diterima ramai dan menjadikan AEG sebagai salah satu label hiburan yang terkemuka pada masa akan datang.

Akhiri Yunadia penuh pengharapan: “Semoga Cha Cha Cinta dapat diterima ramai dan memberi nafas baru dalam industri muzik kita dengan irama cha cha yang malar segar.

“Jangan lupa untuk terus menyokong saya dan nantikan karya-karya terbaharu saya yang akan datang pada masa hadapan.

Lagu ‘Cha Cha Cinta’ boleh dimuat turun di iTunes dan boleh juga dijadikan sebagai nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengar dan nikmati pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music.

Manakala lirik video single ini pula boleh ditonton secara eksklusif hanya di saluran YouTube Armani Entertainment.

Lirik Lagu Cha Cha Cinta

Yunadia – Cha Cha Cinta

Verse1:

Aduh aduh sakit aku 

Aduh aduh ditelunjuk

Jari mu menunding 

Jiwa ku merunsing 

Aduh aduh silap aku

Aduh aduh kau merajuk

Maafkan aku oh kekanda

(Kekanda oh kekanda) 

Apa apa yang kau rasa

Apa apa luah saja

Bagi aku faham

Jangan biar pendam

Apa apa yang berlaku

Apa apa ku perlu mu 

Jika kau hilang oh merana

(Merana oh merana)

Pre-Chorus:

Tidur ku tidak lena

Mimpi ku tiada indah

Usah lama-lama

Lekas pulang ubati rindu

(Sigh)

Chorus:

Bermaharaja lela ku bertahta di hati mu 

Sayang jangan kau keliru

Kerna setia ku tak jemu 

Bermaharaja lela mu bertahta di hati ku

Bertentang mata

Menari mencari cha cha cinta

Verse2:

Alang-alang sudah terang

Alang-alang sudah sayang

Engkau tiada tanding
Tak perlu nak runding 

Alang – alang ku melayang

Alang – alang ku terbayang

Di atas pelamin bersama 

Bridge:

Ta tak ku persia ya 

Ya Yang mana dia, pujangga adinda

Da da , dah lama menanti

Cari dalam hati, Cha cha cinta

Production Credits:

Composer: Iqie Hugh (World Peace Entertainment), Firdaus Rahmat (World Peace Entertainment) & John Jeeves (Faithful Music)

Lyrics: Iqie Hugh (World Peace Entertainment), Firdaus Rahmat (World Peace Entertainment) & John Jeeves (Faithful Music)

Producer: Iqie Hugh 

Arranger: Iqie Hugh 

Guitar: Iqie Hugh

Mixing: Iqie Hugh

Master: John Jeeves

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

‘Ori’ Yuan Wei Explores His Colourful Mind With The Galaxy S21 FE 5G!

Syura Sudah Maafkan Siti Nordiana, Namun Susah Untuk Melupakan