Semenjak menjadi artis wanita Malaysia pertama yang berkolaborasi bersama bintang Hollywood iaitu Usher beberapa tahun lalu. Nama Yuna semakin mendapat tempat di pasaran antarabangsa.
Kini, beliau terus melebarkan sayapnya apabila menjadi penyanyi wanita berhijab pertama yang menyertai kempen jenama fesyen mewah, Coach.
Kejayaan ini meletakkan nama Yuna sebaris dengan bintang dengan ikon fesyen terkenal seperti Jennifer Lopez dan Michael B. Jordan.
“Saya Wanita Pertama Tetapi Pastinya Bukan Yang Terakhir” – Yuna
Menerusi laman Instagram beliau, Yuna memuatnaik video kempen jenama fesyen mewah itu dengan kapsyen berbunyi : “If I maybe the first woman but I’m definitely not the last”
Yuna turut berkongsi pengalamannya mengenakan hijab di usia seawal 19 tahun ketika ramai yang masih belum menerima penampilan tersebut di dunia fesyen antarabangsa.
Ruangan komen dipenuhi dengan ucapan tahniah daripada rakan artis yang turut berbangga dengan pencapaian Yuna.
Tahniah Yuna, teruslah menjadi ikon fesyen dan sumber inspirasi buat gadis muda di luar sana!