Spekulasi mengenai pertunangan Yuna dengan Adam Sinclair yang juga adik kepada pelakon Ashraf Sinclair akhirnya terjawab apabila penyanyi itu mengesahkan mengenai perkara itu pada Sabtu.
Yuna atau Yunalis Datuk Mat Zara’ai, 31, menerusi kenyataan akhbar memberitahu pertunangannya dengan Adam berlangsung di kediaman ibu-bapanya di Shah Alam dan hanya dihadiri oleh keluarga dan sahabat terdekat sahaja.
Ibu Adam, Khadijah Abdul Rahman menyarungkan cincin ke jari Yuna.
“Syukur Alhamdulillah, majlis pertunangan kami berjalan dengan lancar. Majlis kami dihadiri oleh keluarga terdekat dan rakan-rakan karib. Kami sekeluarga sangat gembira dapat berjumpa dan bermesra dengan seluruh keluarga Adam. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada peminat-peminat yang selalu mendoakan kebahagiaan saya. Berkat doa mereka, hari ini saya selamat bertunang dengan Adam Sinclair.”
Keluarga Adam atau Adam Yousof Mohamed Sinclair, 33, terdahulu merisik Yuna pada 27 Mac lalu.
Bercakap mengenai perkenalan mereka, Yuna berkata dia mula mengenali Adam yang juga seorang pengarah di set rakaman untuk iklan televisyen pada awal tahun 2013.
Pada awalnya kata Yuna, hubungan mereka sekadar teman biasa namun semakin rapat dan mula merancang dengan lebih serius untuk berkahwin.
Sementara itu, Yuna turut menyifatkan ikatan pertunangan itu adalah sebagai langkah pertama mereka untuk hidup bersama dan bersyukur dipertemukan dengan seorang lelaki yang penyayang dan baik hati seperti Adam.
“Percaturan Allah itu memang sungguh indah, Adam merupakan rakan karib saya dan sepanjang perkenalan kami dia telah mewarnai hidup saya dan buat saya senyum dan ketawa. Saya gembira akan bergelar isteri kepadanya satu hari nanti, Insya-Allah.”
Yuna menyifatkan Adam adalah seorang lelaki yang penyayang dan baik hati.
Sejak pagi Sabtu kecoh di laman sosial kononnya penyanyi Yuna bakal melangsungkan pertunangan dengan Adam malah mereka juga turut memberi kiasan berhubung perkara itu di Instagram masing-masing dengan memuat naik gambar mereka ketika kecil.
Adam menerusi akaun miliknya memuat naik gambarnya yang comot dengan menulis kapsyen ‘Are you sure Yuna?’ (Adakah anda pasti Yuna?).
Manakala Yuna pula berkongsi gambarnya duduk di atas pelamin seolah-olah memberi bayangan tentang majlis itu.
“We came a long way, didn’t we? (Sudah sekian lama perjalanan kita berdua, tidakkah begitu?),” tulisnya.
Hasil pemerhatian mStar Online di ruang komen Instagram Yuna dan Adam juga mendapati ramai meninggalkan ucapan tahniah buat pasangan itu dan mendoakan kebahagian mereka.
Adam, 33, yang juga seorang pengarah pernah memenangi trofi Festival Filem Malaysia menerusi kategori Filem Pendek Terbaik iaitu Sanzaru pada 2012.
Dia juga bertindak sebagai pengarah muzik video Wanita Terbahagia selain muzik video Pulang yang dinyanyikan oleh Yuna dan Sonaone.
Adakah nanti Yuna akan tulis lagu untuk Bunga Citra Lestari? Haaaa
Sumber: Mstar Online
OFFICIAL STATEMENT FROM YUNA ROOM RECORDS
We would like to humbly announce the engagement of Adam Yousof bin Mohamad Sinclair and Yunalis binti Dato’ Mat Zara’ai on the 5th of August 2017. The engagement ceremony took place at Yuna’s family residence in Shah Alam and was attended by family and close friends.
Kami dengan rendah diri ingin mengumumkan pertunangan antara Adam Yousof Sinclair and Yunalis Mat Zara’ai pada 5hb Ogos 2017 di tempat kediaman ibu bapa Yuna di Shah Alam. Majlis tersebut dihadiri oleh keluarga terdekat dan sahabat rapat sahaja.
ABOUT ADAM & YUNA
ADAM YOUSOF BIN MOHAMED SINCLAIR
(ADAM SINCLAIR)
AGE 32, 10 AUGUST 1984 BORN IN RIYADH, SAUDI ARABIA WORKING AS A FILM DIRECTOR YOUNGEST BROTHER OF ACTOR ASHRAF SINCLAIR AND TV / RADIO HOST AISHAH SINCLAIR
YUNALIS BINTI DATO’ MAT ZARA’AI (YUNA ZARAI)
AGE 30, 14 NOVEMBER 1986
BORIN IN ALOR SETAR, KEDAH WORKING AS A SINGER SONGWRITER,
BUSINESSWOMAN, THE ONLY CHILD OF DATO’ MAT ZARA’AI & DATIN ANUM FAWZIA ABD. WAHAB.
About Adam & Yuna
Yuna began her friendship with director Adam Sinclair, after working together on set for a commercial in early 2013. They kept in touch as friends and their relationship became more serious at the end of 2015.
By 2016, Yuna had introduced Adam to her parents, and she was also introduced to all of his family members. Plans for engagement began after both parents have met each other for the first time on 27th March 2017.
Yuna mula mengenali Adam Sinclair, seorang direktor di set rakaman untuk iklan televisyen pada awal tahun 2013. Mereka pada mulanya hanya berkawan biasa. Pada akhir tahun 2015, hubungan Yuna dan Adam semakin rapat dan mula merancang dengan lebih serius untuk berkahwin. Yuna sudah pun membawa Adam berjumpa dengan kedua ibu bapanya, dan dia juga sudah mengenali keluarga Adam. Rancangan untuk bertunang bermula selepas upacara merisik pada 27 March 2017.
Yuna’s thought on the engagement :
Syukur Alhamdulillah, it was a beautiful engagement. I was very happy that everything went smoothly, and we had all of my family members & best friends attending the event. The house was decorated beautifully, and we were very happy to host Adam’s lovely family in our home. I would like to thank all the fans for their well
wishes and their prayers.
Yuna’s thought on Adam :
This is the first step to getting married and I’m so happy that I found Adam; he has a wonderful heart, he’s very responsible and respectful of my parents, He is my best friend, and he brought so much joy and laughter into my life, and I’m excited to embark on this new journey with him.
Komen Yuna mengenai pertunangan :
Syukur Alhamdulillah, majlis pertunangan kami berjalan dengan lancar.
Majlis kami dihadiri oleh keluarga terdekat dan rakan-rakan karib. Kami sekeluarga sangat gembira dapat berjumpa dan bermesra dengan seluruh keluarga Adam. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada peminat-peminat yang selalu mendoakan kebahagiaan saya. Berkat doa mereka, hari ini saya selamat bertunang dengan Adam Sinclair.
Komen Yuna mengenai Adam :
Ini merupakan moment yang sangat manis bagi saya, kerana ini langkah pertama kami untuk hidup bersama dan saya sangat bersyukur berjumpa dengan seorang yang sangat penyayang dan baik hati seperti Adam. Percaturan Allah itu memang sungguh indah, Adam merupakan rakan karib saya, dan sepanjang perkenalan kami dia telah mewarnai hidup saya dan buat saya senyum dan ketawa, saya gembira akan bergelar isteri kepadanya satu hari nanti, InshaAllah.
Persalinan Tunang Yuna dan Adam oleh Hatta Dolmat (@hattadolmat_) Rekaan Dais Majlis Pertunangan oleh Rekateemor (@rekateemor) Rekaan Hantaran Belah Yuna dan bouquet oleh The Calla (@the_calla)
We have attached some official photos from the engagement ceremony for your kind use. Kindly credit our photographers Zel Atif .
We would like to thank the press and the media for their doa, love and support. Updates will be announced soon.
Thank you for your well wishes.