Selepas 6 jam dilancarkan, video muzik ini telah mengamit 193,000 tontonan dan telah pun trending di tangga ke-9 carta trending di Youtube Malaysia. Tahniah Yuna! Yang pasti pembukaan dah ‘boom’ sebab Yuna guna kereta Proton Saga je. Orang lain duk sibuk tayang kereta mahal-mahal dalam video muzik tapi Yuna tetap dengan akar umbinya, mencintai warisan negara sendiri.
Jarang untuk kita menyaksikan Yuna menari dalam video muzik. Dalam MV ini, Yuna menari bersama empat orang penari berlatar belakangkan Stadium Shah Alam, bersama dua orang penari tarian tradisional India di Batu Caves.
Menariknya video muzik kali ini, Yuna turut memaparkan latar belakang beberapa lokasi yang cantik dan mendamaikan di Malaysia, negara tanah tumpahnya.
Antaranya, uniknya bentuk Stadium Shah Alam, keindahan Batu Caves, sawah padi, suasana kemeriahan di funfair dan dalam kedai runcit pun boleh shooting video muzik. Tak perlu membazir wang ringgit nak cari lokasi yang gah dan terkenal di luar negara. Dalam negara sendiri di Malaysia ini pun banyak lokasi menarik. Yang kelakarnya, Yuna shoot dalam kedai runcit pun nampak cantik.
Sekaligus ini dapat memperkenalkan Malaysia di mata dunia. Mungkin ada ramai orang luar tak kenal negara Malaysia. Jadi, Yuna seharusnya dah layak menjadi duta kecil Malaysia di peringkat antarabangsa.
Selain itu, Yuna juga turut mengenakan beberapa busana dengan fesyen yang berbeza dalam video muzik ini. Selain tampil bergaya dengan fesyen terkini dari jenama Fendi, Yuna turut menyelit elemen tradisional dalam busananya yang ada nilai kebangsaan seperti fabrik dari buatan songket dan ada memilih warna merah melambangkan kekuatan dan keberanian.
Ada peminat Yuna menangis dan mahu balik kampung selepas menonton video muzik ini:
“Kenapa aku menangis tgk mv ni. Seriously terbaik Queen Yuna! And i love the way you dancing, it’s amazing! I want more like this. Excellent! ❤️👍🎶”
– Atikah
“She made me homesick!!!!! Cry her a river!! Thank you Yuna, this is fabulous for showing the true sides of Malaysia!!!”
– BQ Cheong
Untuk intro lagu ini, Yuna menyelitkan juga suara Yuna humming lagu Ulek Mayang yang berasal dari Negeri Terengganu. Jika kita dapat lihat, Yuna meletakkan tajuk dalam 3 bahasa iaitu Melayu, Cina dan India untuk menceritakan kepada dunia bahawa Malaysia hidup aman damai dalam satu masyarakat majmuk dan berbilang bangsa.
Lagu ini membawa mesej tentang perubahan masa yang sentiasa berubah. Mengajak pendengar agar tidak mudah putus harapan, sentiasa sabar serta kuat dan bertahan dalam mengejar impian.
Lirik FOREVERMORE
I feel the fire that burns inside, I hear a choir sing through the night, Don’t let it go, Don’t ever lose hope I can feel the change this time, (O uh)
They’ll never take away what’s mine, (O uh) I’m going to reach even higher, I know I found the strength I’m looking for, I’ll take it to Forevermore, Yeah I was scared but now I know, That I can take it to, That I can take it to Forevermore I’ve been dreaming of this light, Piercing through my darkest night, I’ve been fighting all my life, Reaching for the sky.
I can feel the change this time, (O uh) They’ll never take away what’s mine (O uh) I’m going to reach even higher, I know I found the strength I’m looking for, I’ll take it to Forevermore, Yeah I was scared but now I know, That I can take it to, That I can take it to Forevermore Forevermore… Forevermore… Forevermore… Forevermore…
I feel the fire that burns inside, I hear a choir sing through the night, Don’t let it go, Don’t ever lose hope.. I can feel the change this time, (O uh)
They’ll never take away what’s mine (O uh) I’m going to reach even higher, I know I found the strength I’m looking for, I’ll take it to Forevermore, Yeah I was scared but now I know, That I can take it to, That I can take it to Forevermore Forevermore… Forevermore… Forevermore… Forevermore…
– YUNA