in

Yuna Luah Rasa Sedih & Simpati Pesawat MH370 di Twitter

Melalui status di laman Twitter, penyanyi terkenal Yunalis Zarai telah berkongsi kesedihan dan bersimpati pada ahli keluarga dan krew pesawat penerbangan Malaysia Airlines (MAS), MH370 yang kini masih hilang.

Yuna Luah Rasa Sedih & Simpati Pesawat MH370 di Twitter

Menerusi portal GUA, Yuna ada meluahkan rasa simpatinya:

“Bagi saya, ini merupakan perkara yang kita memang tak mahu berlaku. Begitupun, ini semua kuasa Allah. Saya pasti, pihak Malaysia Airlines dan kerajaan sedang melakukan segala yang terdaya untuk menjayakan operasi mencari dan menyelamat. Apa yang kita boleh buat sebagai rakyat Malaysia, sebagai sebuah keluarga besar adalah mendoakan yang terbaik untuk mangsa dan ahli keluarga serta sahabat taulan mereka.”

“Saya memang sedih dan bersimpati. Malaysia Airlines merupakan sebuah syarikat penerbangan yang kita semua sayang dan banggakan. Banyak kenangan saya bersama syarikat penerbangan utama negara itu, sedari kecil saya terbang dengan MAS dan sehingga hari ini, mereka banyak memberi sokongan kepada perkembangan karier saya di Amerika Syarikat, walaupun sebelum saya dilantik sebagai duta media sosial mereka lagi.”

yuna-gossip

Yuna menyatakan bahawa dia sering melalui haluan sama yang digunakan saat MH370 hilang. Kata Yuna lagi, hatinya bertambah sayu apabila menyoroti satu persatu wajah krew kabin yang hilang kerana ada antara mereka yang dia kenali dan pernah beramah mesra saat menggunakan laluan tersebut.

“Saya percaya, kita semua kini sedang berdoa bersama-sama supaya diberikan petunjuk, juga jawapan dari yang Maha Esa. Kita semua memikirkan benda yang sama. Semoga Allah memberikan banyak kekuatan dan kesabaran kepada keluarga dan kenalan semua anak kapal. Tidak dapat saya bayangkan apa yang mereka rasakan di saat-saat getir ini. My prayers and thoughts is with them.”

Pesawat yang dikemudi oleh Kapten Zaharie Ahmad Shah dan Pegawai Pertama Fariq Abdul Hamid itu telah dilaporkan hilang secara tiba-tiba dari radar saat dalam perjalanan ke Beijing dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Sehingga artikel ini ditulis, masih belum ada tanda-tanda kukuh untuk menjumpai semula pesawat yang membawa 239 anak kapal itu. Sumber: Portal GUA

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Sekitar Sambutan Hari Jadi Rozita Che Wan Ke-43 Tahun

Peraduan Menang Tiket Konsert Avril Lavigne Live In Malaysia