in , ,

Kolaborasi Yuna & ECCO Untuk Kempen ‘Icons That Last’ Penuh Inspirasi

Gabungan Ikonik Yang Penuh Gaya Dan Bermakna, Yuna Bersama ECCO Menyerlahkan Definisi Wanita Hebat Dalam Dunia Fesyen Dan Muzik Global, Sambil Memperkenalkan Koleksi Terkini Yang Dicipta Untuk Keselesaan Maksimum

Korang kenal tak jenama ECCO? Haa, jenama kasut dan barangan kulit mewah dari Denmark ni memang tak asing lagi dalam dunia fesyen, terkenal dengan produk yang menggabungkan gaya elegan, kualiti premium, dan keselesaan tanpa kompromi. Kali ni, ECCO mencuri perhatian dengan pelancaran kempen terbaru mereka bertajuk ‘Icons That Last’, yang bukan je meraikan individu luar biasa, tapi turut memperkenalkan Yuna, penyanyi bertaraf antarabangsa dari Malaysia, sebagai wajah utama kempen ini.

Yuna, Simbol Wanita Ikonik Yang Berani, Asli Dan Penuh Inspirasi

Bila kita sebut nama Yuna, ramai yang terus terbayang imej penyanyi yang bukan saja hebat di pentas tempatan, malah berjaya mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa. Dalam dunia penuh cabaran, Yuna tampil sebagai seorang wanita yang berani, yakin diri dan tak gentar untuk jadi diri sendiri. Dan inilah semangat yang ECCO ingin tonjolkan dalam kempen ini—wanita moden yang mencorakkan perubahan, melangkah dengan penuh yakin, dan mencipta legasi yang berpanjangan.

Yuna Berganding Bahu Bersama ECCO Untuk Kempen ‘Icons That Last’ Penuh Inspirasi

Dalam kata-kata Yuna sendiri, menjadi seorang ikon bukan bermaksud dikenali semata-mata, tapi lebih kepada memberi kesan positif dalam masyarakat. Katanya, “Apa yang buat seorang wanita itu ikonik adalah bila dia berani jadi diri sendiri. Kedengaran mudah, tapi sebenarnya mencabar sebab dunia ni sering nak letak wanita dalam ‘kotak’. Bagi saya, jadi ikonik bukan tentang pencapaian material semata-mata. Ia bermula dengan keyakinan dalaman dan keberanian untuk ‘melangkah berani’ dengan diri sebenar kita.”

Ayat Yuna ni memang deep, dan sangat relatable, kan? Tambahnya lagi, ikon sebenar adalah mereka yang bukan sahaja berdiri atas prinsip sendiri, tapi juga angkat wanita lain untuk sama-sama bersinar.

Kempen ‘Icons That Last’ Dan Koleksi 12-Hour Heels Yang Super Selesa

Kempen ini juga menandakan pelancaran koleksi terbaru ECCO, iaitu ‘12-Hour Heels’, direka khas untuk wanita aktif yang sentiasa bergerak dari satu acara ke acara lain. Antara tarikan utama koleksi ini adalah ECCO SCULPTED ALBA 65, sandal bertumit blok yang bukan sekadar cantik tapi dibina menggunakan teknologi Fluidform™ Direct PU Injection dari ECCO, menjanjikan sokongan semulajadi dan keselesaan sepanjang hari.

Yuna pun akui, sebagai penyanyi yang kerap buat persembahan dan menghadiri pelbagai majlis, pemilihan kasut yang selesa sangat penting. Katanya, “Bayangkan berdiri berjam-jam atas pentas, atau hadiri acara dari pagi sampai malam. Keselesaan adalah keutamaan. Saya sukakan fesyen yang unik, menyeronokkan dan penuh gaya, tapi pada masa sama, kualiti dan keselesaan mesti nombor satu.”

Yuna turut rasa terhormat dapat bekerjasama dengan ECCO, jenama yang bukan saja fokus pada gaya, tapi turut ambil berat soal keselesaan dan kualiti untuk setiap rekaan kasut mereka. Memang cocok sangat dengan personaliti dan gaya hidup Yuna yang berani mencipta kelainan dan setia pada nilai diri sendiri.

Yuna Berganding Bahu Bersama ECCO Untuk Kempen ‘Icons That Last’ Penuh Inspirasi

Koleksi ECCO Spring/Summer 2025 Kini Di Pasaran

Kalau korang teringin nak merasa sendiri kehebatan rekaan ECCO ni, koleksi wanita untuk musim Spring/Summer 2025 dah pun mula dijual sejak 8 Mac 2025 sempena sambutan Hari Wanita Sedunia. Korang boleh dapatkan koleksi eksklusif ni di butik-butik ECCO terpilih atau terus je layari ecco.com.

ECCO memang pandai menyatukan elemen gaya, keselesaan, dan fungsi praktikal, menjadikan koleksi ni sesuai untuk korang yang ada gaya tersendiri dan tak suka ikut arus semata-mata. Dengan rekaan yang serba boleh dan fleksibel untuk apa jua acara, kasut-kasut ECCO memang direka khas untuk wanita yang mahu melangkah dengan penuh keyakinan dan gaya.

Untuk lebih info dan update terkini, korang boleh follow ECCO kat Facebook: ECCO Malaysia dan Instagram: @ecco. Jangan lupa juga guna hashtag rasmi mereka #ECCOMY #ECCOSG #ECCOXYUNA kalau korang nak kongsi gaya ECCO korang!

Yuna Berganding Bahu Bersama ECCO Untuk Kempen ‘Icons That Last’ Penuh Inspirasi

Apa Kata Budiey?

Budiey rasa kolaborasi antara ECCO dan Yuna ni memang ‘match made in heaven’! Bukan sekadar kempen biasa, tapi ia memberi mesej yang kuat tentang kehebatan wanita dalam apa jua bidang, dan betapa pentingnya untuk sentiasa percaya pada diri sendiri. Budiey harap lebih banyak jenama akan tampil dengan kempen yang memperkasakan wanita macam ni, bukan saja untuk promosi produk, tapi juga untuk memberi inspirasi kepada generasi muda.

ECCO pula berjaya membuktikan yang kasut tak perlu sakit untuk nampak bergaya. Dengan teknologi canggih dan rekaan moden, ECCO terus jadi pilihan utama buat korang yang inginkan kualiti dan keselesaan maksimum, tanpa perlu berkompromi dari segi gaya. Jadi, kalau korang tengah cari kasut baru yang boleh tahan sepanjang hari dan tetap nampak classy, koleksi baru ECCO ni wajib masuk wishlist korang!

Yuna Berganding Bahu Bersama ECCO Untuk Kempen ‘Icons That Last’ Penuh Inspirasi

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Promosi Raya Istimewa dari Samsung! Nikmati Ganjaran Sehingga RM429!

Konsert Ye!loO Bakal Gegar Kuala Lumpur Dengan Tenaga K-Pop Luar Biasa