Semalam, telah berlangsung Majlis Kesyukuran sempena meraikan kemenangan lagu Terukir Di Bintang yang dinobatkan sebagai Juara Lagu ke-27 yang lalu. Budiey nak ucapkan sekali lagi tahniah buat Yunalis Zarai dan Aizat Amdan. Korang memang layak menang pun. Majlis yang diadakan di kediaman Aizat di Taman Ampang Jaya ini dianjurkan bersama Yuna Room Records dan Kasi Gegar Entertainment. Majlis bertujuan untuk menghargai keluarga, rakan-rakan serta peminat- peminat yang sentiasa menyokong karyanya.
Ramai juga media dan sahabat-sahabat hadir untuk memeriahkan majlis. Pastinya, ramai yang hadir untuk menemubual Yuna yang kebetulan pulang ke Malaysia selama empat hari untuk project Samsung Galaxy Wonderland serta buat persembahan di Annual Dinner Samsung pada hari Sabtu lalu.
Pasti ramai yang nak tahu kenyataan Yuna berkaitan dengan isu kontroversi penyanyi veteran Uji Rashid yang sangat kecewa kerana digugur untuk buat persembahan Terukir Di Bintang masa AJL27 yang lalu. Pada Yuna, isu kemelut tu dah pun selesai sebenarnya setelah kedua pihak TV3 sendiri memberi penjelasan dalam program Melodi yang disiarkan di TV3 kelmarin.
“Semua pihak telah beri kenyataan. Saya berpegang pada statement yang telah dikeluarkan oleh pengurus saya, Wawa, dalam Melodi tadi. Rasanya perkara itu tidak perlu lagi dipanjangkan kerana saya rasa ia telah pun selesai apabila pihak TV3 tampil memberikan penjelasan bagi menjernihkan suasana. Malah saya tidak mahu melihat perkara yang terjadi ini sebagai sesuatu yang negatif dan pastinya ada hikmah di sebaliknya.”
Sebelum ini, Uji Rashid mendakwa perbuatan TV3 itu tidak berhemah kerana mereka telah memalukan beliau di depan orang ramai.
Dalam pada itu, Yuna berkata, dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan nyanyian Uji Rashid, malah katanya dia ada berhubung dengan Uji untuk bertanya khabar.
Malah Yuna memberitahu, dia ada menjemput Uji ke majlis kesyukuran itu namun penyanyi berkenaan tidak dapat hadir kerana mempunyai undangan nyanyian.
“Sebelum ini saya ada berbual-bual dengannya untuk bertanya khabar dan kami berbual seperti biasa tanpa sebarang masalah. Malah dia memahami kejadian yang berlaku adalah di luar kawalan saya kerana tiada di Malaysia.”
Tambah Yuna, pada awalnya dia memang memilih Uji untuk menyanyikan lagu tersebut di AJL 27 kerana menyukai suaranya yang mempunyai elemen klasik namun terpaksa akur dengan situasi dan memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada pengurusnya, Wawa dan pihak TV3 untuk mencari pengganti Uji pada saat akhir.
“Saya bagi pihak Yuna ingin meminta maaf jika Kak Uji rasa tersinggung. Tak pernah terlintas pun hendak memalukan dia” – Wawa
Menurut Yuna, dia memilih penyanyi veteran Uji Rashid sebagai penggantinya dalam edisi ke 27 AJL itu kerana gemarkan suara klasik penyanyi itu. Tambahnya lagi, sebagai penyanyi, dia hanya memberi cadangan dan membiarkan mereka yang pakar untuk membuat keputusan.
“Saya suka suara Kak Uji yang klasik. Tapi pihak produksi lebih arif untuk menentukan apa yang terbaik untuk semua pihak,” tambah Yuna.
Budiey rasa tak perlu nak panjang-panjangkan lagi isu ini. Tapi kesian pulak tengok kat Uji Rashid tu. Semoga apa yang berlaku jadikan pengajaran di lain masa. Ada hikmahnya juga. Pihak pengurusan Yuna pun dah cakap dalam rancangan Melodi pada Ahad lalu memohon agar isu ini tidak diperpanjangkan lagi. Habis citer! Tutup kes!