in ,

Uniknya Suasana Pernikahan Yuna & Adam

Majlis pernikahan penyanyi Yunalis Zarai atau Yuna dan pasangannya, Adam Yousof Mohamed Sinclair, 34, selamat disempurnakan dalam satu majlis di Bentong, Pahang pada Jumaat.

Pasangan itu bernilkah di Puncak Rimba, Bentong yang berlatarbelakangkan pergunungan kira-kira pukul 7 malam dengan sekali lafaz.

Ini siaran media yang dihantar oleh publicist majlis pernikahan Yuna.

Bismillahirrahmannirrahim
OFFICIAL STATEMENT FROM YUNA ROOM RECORDS

We would like to humbly announce the solemnization reception of Adam Yousof Bin Mohamed Sinclair and Yunalis Bt. Dato’ Mat Zara’ai on the 26th of January 2018. The solemnization took place at Puncak Rimba, Bentong Pahang. Seven trays of hantaran (gifts) were presented by the groom, while Yuna’s family handed in nine trays of hantaran (gifts) in return. The marriage was officiated by Religious administration Officer of Bentong, Ustaz Azmi at 7pm. It was a small and joyous occasion attended by 300 family members and close friends from Malaysia and the United States. The newlyweds would like to thank all the members of the media for their best wishes and support.

______________

Kami dengan rendah diri ingin mengumumkan Majlis Pernikahan antara Adam Yousof Bin Mohamed Sinclair dan Yunalis Bt. Dato’ Mat Zara’ai pada 26hb January 2018 bertempat di Puncak Rimba, Bentong Pahang. Yuna yang berwalikan ayahandanya selamat diijabkabulkan dengan Adam dengan sekali lafaz. Ustaz Azmi dari Majlis Agama Bentong, Pahang telah menyempurnakan majlis pernikahan tersebut pada jam 7 petang. Pihak Adam memberi tujuh dulang hantaran manakala pihak Yuna membalas dengan sembilan dulang hantaran. Majlis Pernikahan Adam dan Yuna berjalan dengan lancar dan dihadiri 300 orang keluarga dan rakan-rakan terdekat dari Malaysia dan United States. Kedua mempelai ingin mengucapkan terima kasih atas doa dan sokongan dari semua pihak.

Wedding photo by : weddingsbyqay
Decoration by : the_calla
Dress by : hattadolmat_

Yuna nikah

Yuna, 32, dinikahkan oleh pegawai Jabatan Agama Islam, Bentong, Pahang iaitu Azmi Noh dan beliau diwalikan ayahnya, Datuk Mat Zara’ai.

Menerusi gambar yang dikongsi, majlis pernikahan itu bertemakan dalam taman dengan berlatarbelakangkan hutan semula jadi.

Keluarga pihak lelaki dilihat tampil sedondon dengan baju Melayu bertemakan warna coklat manakala pihak perempuan bewarna jingga.

Pihak lelaki memberikan tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang oleh pihak peremuan.
Turut dikongsi gambar Yuna duduk di atas pelamin dihiasi dengan bunga segar.

Gambar Adam menyarungkan cincin ke jari Yuna juga dimuat naik oleh kenalan mereka yang hadir ke majlis berkenaan.

Menurut kenyataan pihak pengurusannya, kira-kira 300 tetamu yang terdiri daripada keluarga dan kenalan kedua-dua pihak hadir dalam majlis itu.

Yuna bakal mengadakan sidang medianya di Putrajaya pada Sabtu berhubung perkahwinannya itu.

Kedua-dua mempelai mengikat tali pertunangan pada 5 Ogos tahun lalu.

Photo credit: WeddingsbyQay

Yuna nikah

Yuna nikah

Yuna nikah

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Travelog TERKESAN DI HATI Tampilkan Zaidi Omar Sebagai Hos

Mungkin Ini Sebab Ikhwan Jadi Hero Oven 2017