Lebih-lebih lagi apabila ada pekerja warga asing yang menetap di negara ini ‘buka cerita’ terhadap cara layanan kerajaan Malaysia terhadap golongan sepertinya. Disebabkan itu satu saluran YouTube dari Amerika Syarikat Other Side Of Truth membongkar setiap perincian terhadap dokumentari itu, menjelaskan 15 perkara-perkara ‘auta’ yang terkandung dalam dokumentari itu.
YouTuber dari negara tersebut yang dikenali sebagai Dr Dustin Pfundheller ini menjelaskan bahawa Al Jazeera memaparkan gambaran yang tidak tepat tentang negara Malaysia, lapor, mStar.
Dalam pada itu, Dustin juga menegaskan bahawa banyak perkara yang memberi kesan kepada Malaysia sehingga berjaya menangani Covid-19.
Disebabkan itu, Dustin menyenaraikan 15 perkara yang menunjukkan ‘kesalahan’ pada dokumentari itu.
- Tidak pernah berkata perkara baik mengenai Malaysia.
- Tidak faham sepenuhnya bagaimana untuk memerangi Covid-19.
- Mencampur-adukkan pekerja asing yang datang secara sah dan pekerja asing tanpa izin.
- Memaparkan laporan tidak tepat seperti kanak-kanak digari dan sebagainya.
- Lupa bahawa rakyat Malaysia turut berhadapan saat getir berhadapan Covid-19.
- Memaparkan kononnya pekerja asing digari dan dibiarkan di bawah terik mentari.
- Tidak pernah mengakui hakikat warga asing tanpa izin membawa risiko jangkitan Covid-19 yang tinggi terhadap Malaysia.
- Mendakwa rakyat Malaysia enggan melakukan pekerjaan yang dibuat oleh warga asing.
- Berlakon seolah-olah pekerja asing tanpa izin merupakan mangsa.
- Tidak membuat liputan mengenai negara-negara lain yang lebih bersifat perkauman terhadap warga asing.
- Memberi gambaran tidak tepat mengenai perkauman di Malaysia.
- Membuat aduan kononnya menteri tidak memberikan respons untuk ditemubual.
- Menutup ruangan komen bagi dokumentari di YouTube mereka.
- Mahu masuk ke kawasan yang terdedah dengan jangkitan Covid-19.
- Membuat rakaman dan mengambil gambar di kawasan keselamatan termasuklah anggota polis dan tentera.
Video ini kini menjadi bualan hangat netizen dan rata-rata memberikan ucapan terima kasih atas pencerahan tersebut.