Aplikasi YouTube Music berada pada bahagian latar belakang ketika lagu dimainkan. Ianya percuma dan dilancarkan di Kanada dahulu bermula 3 November ini.
Aplikasi YouTube Music sekarang ini membenarkan permainan lagu pada latar hanya untuk ahli YouTube Premium sahaja. Sekiranya tidak melanggan pakej premium, maka anda tidak boleh menutup aplikasinya ketika mendengar lagu. Sekiranya anda beralih ke aplikasi lain atau mematikan skrin anda maka main balik akan berhenti.
Mereka juga akan mempunyai akses ke ciri stesen radio dan membuat senarai main. Sekiranya anda memuat naik lagu, anda juga boleh memainkannya pada bila-bila masa. Untuk sekarang, pelanggan Premium sahaja yang bakal menikmati muzik tanpa iklan.