Pada YouTube, sebelum ini pengguna boleh menetapkan untuk menerima emel apabila saluran yang dilanggan mereka memuat-naik video baru. Ini sekaligus memudahkan anda mengikuti perkembangan, dan tidak terlepas sebarang muat-naik baru.
Apa pun, perkara ini akan berubah tidak lama lagi. YouTube kini telah mengumumkan ciri berkenaan akan dihentikan pada 13 Ogos 2020 kelak.
YouTube mengatakan hanya sekitar 0.1% daripada emel notifikasi ini dibuka pengguna, dan ia sekadar memenuhkan peti emel pengguna sahaja.
Sebagai alternatif, YouTube masih kekal menghantar notifikasi melalui aplikasi mudah-alih atau melalui pelayar web Chrome, dan boleh dikawal melalui halaman tetapan YouTube.
Sumber: Amanz