Sejajar dengan pelancaran filem Disney berjudul Raya dan Naga Terakhir (Raya And The Last Dragon), dan untuk meraikan filem Walt Disney Animation Studios yang pertama berinspirasikan budaya Asia Tenggara, 4 artis muzik terkenal yang berasal dari Indonesia, Filipina, Thailand dan Malaysia telah bergabung untuk kolaborasi muzik yang menarik, bertajuk “Trust Again” (Percaya Lagi).
Trek dwibahasa, yang berkisar pada tema fokus kepercayaan dan persahabatan filem, mendapat inspirasi dari negeri fantasi Kumandra dan pengembaraan Raya, puteri pendekar pertama Disney, yang mempersonifikasikan semangat pelbagai negara Asia Tenggara. Kerjasama muzik gabungan beberapa negara ini adalah yang pertama seumpamanya di rantau ini, dan memegang tunggak penting dalam komitmen Disney untuk bekerjasama dengan bakat tempatan dalam membawa kandungan hiburan yang berkualiti kepada penonton di Asia Tenggara.
“Trust Again”, pada dasarnya, meraikan berbilang budaya yang membentuk rantau Asia Tenggara. Mendengar vokal Raisa yang mempesona dalam korus yang menarik serta-merta anda akan mendapat gambaran tentang keindahan budaya Asia Tenggara – Yonnyboii menggabungkan hidangan istimewa seperti “sate dan nasi lemak” dalam baris rangkap pertama, rangkap Matthaios dalam Tagalog “Aku sekutumu seperti Arnis â€, Arnis merujuk kepada senjata Filipina kuno yang digunakan oleh Raya dan dalam rangkap terakhir SPRITE yang penuh emosi, dia menyebut Tuk Tuk, mod pengangkutan yang popular di Thailand dan juga watak dalam filem itu.
Lebih menarik lagi, lagu ini juga mengandungi alat muzik etnik Asia Tenggara seperti Seruling, Perkusi Etnik, Bungkau atau Hap Rahang, Angklung, alat muzik tradisional dari Thailand, Gamelan dan Suling Sunda. Masteringuntuk lagu ini dibuat oleh Jurutera Mastering yang pernah memenangi Anugerah Grammy, Chris Athens, dan ia pastinya merupakan satu formula untuk pemerkasaan yang ampuh, selain berkisar pada tema kepercayaan yang universal. Lagu ini akan dilancarkan bersama-sama dengan video lirik pada 12 Mac 2021, diikuti dengan video muzik yang menampilkan keempat-empat artis pada akhir bulan Mac 2021.
R A I S A
Raisa Andriana, yang lebih dikenali dengan nama samarannya Raisa, adalah penyanyi dan penulis lagu dari Indonesia. Dia menjadi terkenal dengan lagunya yang berjudul “Serba Salah”. Sebelum karier solonya, dia adalah salah satu vokalis utama kumpulan milik Kevin Aprilio, Andante, yang kemudian dinamakan semula sebagai Vierra. “Handmadeâ€, album ketiganya dilancarkan pada tahun 2016. Single pertama “Kali Kedua” dari album tersebut pernah menduduki tangga teratas dalam carta. Album ini menerima tujuh Anugerah AMI 2016 (acara muzik paling berprestij di Indonesia), termasuk Artis Solo Pop Wanita Terbaik, Album Pop Terbaik, dan Album Terbaik dari Terbaik. Pada tahun 2020, single terbarunya “Bahasa Kalbu” berserta video muzik mendapat 3.3 juta tontonan hanya dalam dua minggu sejak dilancarkan.
Seawal usia 15 tahun, Jun Matthew Brecio atau Matthaios telah jatuh cinta dengan muzik dan gigih meneruskan minatnya itu dengan menyumbang kepada industri muzik sehingga ke hari ini. Matthaios adalah salah satu artis perintis MIDA$ Records, dan pengasas label rakaman ‘Offended by Passion’. Kini dalam usia 21 tahun dan lebih bersemangat daripada sebelumnya dalam membuat muzik yang dapat menyentuh hati mereka yang mendengarkan lagu-lagunya sambil memberi inspirasi kepada artis muda lain yang mempunyai impian sepertinya. Matthaios adalah di antara 5 artis paling banyak distriming di Filipina, dengan lebih daripada 131 juta aliran di Spotify dan angka itu masih menaik.
SPRITE adalah salah seorang rapper termuda dalam arena Hip-Hop yang meriah di Thailand. Dia yang baru berusia 15 tahun namun mampu memberi impak yang besar kepada carta lagu dengan single pertamanya “Ai Tao”, yang mempunyai lebih daripada 30 juta tontonan di YouTube sehingga kini, membuatkan kariernya semakin menyerlah hari ke hari. SPRITE terkenal dengan wataknya yang bersuka-suka dan santai. Dia sering menerapkan nyanyian ke dalam rapnya, bahkan merasa bangga untuk memasukkan pelbagai dialek Thai tempatan dalam rapnya yang mana berjaya memperluaskan rangkuman peminatnya. SPRITE juga merupakan peserta yang hebat dalam ‘Show Me the Money Thailand’.
Yonnyboii adalah rapper dan pencipta muzik Malaysia dari Setapak, Kuala Lumpur. Dia memulakan karier muzik semasa remaja secara bebas dengan melancarkan mixtape pertamanya pada tahun 2016. Setelah itu, demi mengejar kejayaan, Yonnyboii menghabiskan tahun-tahun berikutnya dengan memantapkan bakatnya, dan menyiarkan muziknya di YouTube untuk menambah pengikut; pada tahun 2019 dia melancarkan single debut ‘Takut’ bersama Caprice, yang kini mempunyai 10 juta tontonan di YouTube. Tahun 2019 boleh dikatakan adalah tahun Yonnyboii, di mana dua kolaborasinya dengan Zynakal, ‘Cemburu’ dan ‘Sakit’ masing-masing mempunyai 4 juta dan 36 juta tontonan di YouTube. ‘Sakit’ berada di tangga pertama dalam carta RIM sebagai ‘Single paling banyak distriming di Malaysia’ selama lapan minggu berturut-turut, dan kekal di carta RIM selama 53 minggu, lantas menaikkan nama Yonnyboii di arus perdana.
Dengarkan Trust Again sekarang di Spotify, Apple Music, Joox, KKBOX, Deezer dan YouTube Music.