Sesuai dengan industri pelancongannya yang terus berkembang, jumlah hotel juga semakin banyak di kota ini. Walaubagaimanapun hanya terdapat beberapa hotel di sini yang dapat memberikan kemudahan dari segi lokasi ke pusat membeli-belah, tempat-tempat makan dan juga pusat pengangkutan. Salah satu hotel yang dimaksudkan adalah hotel jenama Yello yang semakin hari semakin mendapat tempat di sana.
Kedudukan Strategik Untuk Yang Suka Shopping
Berbekalkan kedudukan strategik yang terletak sangat dekat dengan stesen keretapi dan lapangan terbang Bandung serta kawasan membeli-belah, hotel Yello Paskal Bandung ini pastinya menjadi pilihan tepat buat mereka yang mahukan kemudahan semasa melawat kota Bandung.
Malah, pengunjung yang turun di stesen keretapi Bandung boleh berjalan kaki ke hotel ini dan jarak waktu dari stesen ke hotel tidak sampai 10 minit! Pusat membeli-belah Paskal juga terletak di dalam bangunan yang sama dan ini adalah untuk kemudahan pengunjung.
Selain itu hotel ini memberikan perkhidmatan terbaik buat para pengunjungnya. Dilengkapi dengan bilik-bilik yang cantik dan bersambung dengan kemudahan internet wi-fi, pelanggan diberi kebebasan untuk memilih penginapan yang sesuai.
Kesemua bilik mengikuti tema ceria jenama hotel ini yang menggunakan warna kuning sebagai warna utama.
Di samping senireka dalamannya yang cantik, hotel ini juga sangat sesuai bagi mereka yang berkeluarga kerana ia mempunyai kemudahan-kemudahan seperti kolam renang, dan semestinya restoran yang menyajikan pelbagai pilihan makanan enak seperti makanan tempatan dan juga hidangan antarabangsa.
Hotel ini juga memaparkan banyak hasil seni lukisan pelukis tempatan dan antarabangsa yang juga menjadi tempat kegemaran untuk mengambil gambar kerana senirekanya yang menarik.
Ia juga menawarkan perkhidmatan-perkhidmatan lain seperti ruangan khas bagi tujuan mesyuarat, seminar, ruangan bermain permainan video, dan juga sebuah netzone untuk melayari internet.
Kesimpulannya, hotel Yello Paskal Bandung memang harus dikunjungi sekiranya anda mahukan kesenangan sewaktu berlibur di Bandung kerana ia menawarkan hanya yang terbaik buat setiap pengunjung pada harga yang amat berpatutan!
Ulasan ini ditulis oleh: Shah Shamshiri