Tahniah kepada, jurufoto, pereka poster, pereka kulit album dan pelakon drama, Isma Yusoof kerana poster filem The Red Kebaya yang direkanya telah memenangi Anugerah Poster Terbaik di Festival Filem Malaysia 20 yang berlangsung semalam. Wah! Ketika Isma naik pentas untuk mengambil trofi kemenangannya itu, boleh lihat dia memakai baju Melayu serba kuning persis pahlawan Melayu. Cuma tak bertanjak je. Ni mesti rekaan kawan dia laa tu kot, pereka fesyen Amir Loqman.
Budiey rasa, kali pertama nama pelakon drama Emil Emilda ini tercalon dalam senarai poster terbaik, terdetik di hati saya, Isma mesti menang punya. Konsep poster yang menampilkan Vanidah Imran yang memakai baju kebaya merah pekat dengan dicalit gincu merah sedondon itu memang memikat dan cukup kreatif walaupun tampak ringkas. Persaingan memang agak sengit memandangkan Isma terpaksa berdepan dengan poster dari filem Possessed, Mukhsin, Cinta dan Zombie Kampung Pisang. Semuanya memang ada kreativiti, keunikan dan seni serta artistik tersendiri.
Sekarang, saham Isma Yusoof sebagai pereka poster naik secara mendadak impak maksima dari kemenangan ini. Sebelum ini, Isma pernah mencipta poster untuk teater persembahan di The Actors Studio (poster Actorlympics, Going North… sekadar menamakan beberapa poster). Kemudian beliau berjinak-jinak dalam poster filem apabila ditawarkan bekerjasama dengan Afdlin Shauki dalam mereka poster beberapa filem arahan Afdlin Shauki. Antara poster yang pernah direka oleh Isma ialah filem Sumolah, Baik Punya Cilok, Buli Balik dan banyak lagi. Sudah tentu tawaran seterusnya akan berderet-deret masuk. Budiey kira sepanjang 2007, sudah tentu menjadi tahun rezeki dan tuah buat Isma Yusoof. Mmm… semoga dengan kejayaan ini akan memberi semangat kepada Isma untuk mencipta poster filem yang lebih kreatif. Sebelum terlupa, kalau diizinkan Isma, saya ingin mengucapkan tahniah kerana poster untuk filem Anak Halal, poster terbaru Isma Yusoof telah memenangi hadiah pertama dalam pertandingan poster Anak Halal anjuran Tayangan Unggul. Tahniah. Selain itu, akan datang filem Los & Faun dan filem terbaru arahan pertama Hans Isaac, CUCI juga akan mempertaruhkan rekaan kreatif dari Isma.
Terbaru, Isma Yusoof kini sedang menjalani pengambaran sebuah drama berjudul Kerana Cintaku Saerah yang bakal menemui peminat dalam bulan Ramadan Septembar ini. Drama yang menjalani pengambaran di Taiping, Perak ini turut dilakonkan oleh Benji, Umie Aida, Wan Maimunah, Nor Khiriah, Sharifah Shahora, Aqasha, Engku Faridah, Wan Hanafi Sue. Diterbitkan oleh Radiusone Sdn Bhd yang juga menjadi penerbit untuk drama Emil Emilda sekali lagi mempertaruhkan hasil karya Sharulezad Mohameddin. Malangnya, pelakon kegemaran ramai masa kini, Aaron Aziz tidak ada dalam drama ini.
Layari:
Fotopages Isma Yusoof: ismyzeal.fotopages.com
Myspace Isma Yusoof: myspace.com/ismayusoof
[tags]actorlympics, ffm20, festival filem malaysia, pulau pinang, kaber hero kaber zero, isma yusoof, jurufoto, pereka poster, pereka kulit album, pelakon drama, emil emilda, aaron aziz, the red kebaya, anugerah poster terbaik, amir loqman, Possessed, Mukhsin, Cinta, Zombie Kampung Pisang, gambar zul yahya bertunang, kekasih zul yahya, melayu, norlia ghani, weddings, yusni jaafar, zaryn mingambar azean irdawaty botak, video klip pelajar dera kawan, klip video pelajar bogel, awek seksa, celeb girls, cerita rogol, dibelash, dirogol, felda keratong, sekolah keratong, gadis bertudung klip, gadis dipukul, klip seks, isu budak sekolah ganas, buli, buli balik, rumah tumpangan, sabul, sekolah menengah keratong, seksi, violence in schoolbreast cancer, kanser payu dara, kratif, cgi, mp3, bagaimana melukis poster guna photoshop. poster filem, gaji pelukis poster, kerja kosong, grafik designer, pereka grafik, kamera nikon, pentax, filmfuji, fujifilm, sony, nikon d40, cuci film, anak halal synopsis, sinopsis anak halal, impak maksima poster, pelakon filem impak maksima, sinopsis drama Kerana Cintaku Saerah[/tags]