Lebih membimbangkan, sehingga hari ini, jumlah kes yang dicatatkan semakin bertambah dan sudah mencecah lebih 1000 kes. Ada juga beberapa daerah yang sudah ditanda sebagai kawasan merah. Tidak ketinggalan, Rozita Che Wan turut menyeru rakyat agar duduk dirumah sepanjang 14 hari tempoh kuarantin tersebut.
”Yeay duduk qumah boleh tidoq peluk laki lama-lama.
“Kami semua please stay at home!
“Satu jer nak pesan, elak terkena jangkitan Corona Virus ni sekarang. Sebab kalau kita kena sekarang, lagi 14 hari baru nak rasa kesannya. Waktu tu, Hospital dah penuh. Tak ada tempat dah untuk kita. So, berhati hatilah,”
– Rozita Che Wan
Menurut Che Ta menerusi sebuah posting yang dimuatnaik di laman Instagram miliknya baru-baru ini, Che Ta menjelaskan bahawa dia menggunakan peluang ini untuk meluangkan masa dan bermanja bersama suaminya, Zain Saidin di rumah.
Dalam pada masa yang sama boleh mengeratkan hubungan antara suami isteri.
Lebih manis, Che Ta turut memuat naik fotonya sedang memeluk Zain. Perkongsian Che Ta itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji pelakon itu yang tampil cantik meskipun berada di rumah.
Pada waktu itu, hospital sudah penuh dengan pesakit lain dan kita tidak mempunyai tempat di hospital.
Ada betulnya juga pesan Che Ta tu. Jadi korang kena jaga diri dan kesihatan korang baik-baik ya.
Foto romantik ini ternyata telah mendapat perhatian ramai dan ramai netizen memuji kejelitaan Che Ta walaupun ketika berada di dalam rumah.
Tidak kurang juga ada yang mendoakan supaya Aaisyah Dhia Rana dapat adik baru!
Bagus juga Perintah Kawalan Pergerakan ini, boleh luangkan masa bersama keluarga sekaligus mengeratkan lagi hubungan suami isteri. Mana tahu lepas tak lama lagi Aaisyah dapat adik pula
Apa-apa pun korang kena stay at home macam Che Ta juga okay?