in

Yayasan Sime Darby Arts Festival 2018

FESTIVAL KESENIAN UNIK UNTUK SEMUA

Hab kesenian terulung multi- disiplin muzik, tarian, teater, seni dan sebagainya di Malaysia yang menyatukan pelbagai lapisan masyarakat di bawah satu bumbung – Yayasan Sime Darby Arts Festival 2018: You, Me + The Arts

Kuala Lumpur, 21 Jun 2018 – Acara yang paling dinanti-nantikan, Yayasan Sime Darby Arts Festival (YSDAF) anjuran bersama Yayasan Sime Darby (YSD) dan The Kuala Lumpur Performing Arts Centre (klpac) kini kembali menemui anda dengan hampir 350 aktiviti dan persembahan kesenian yang akan memperkaya minda dan jiwa anda pada 18 & 19 Ogos ini.

Acara terbuka dan percuma yang akan dianjurkan di perkarangan klpac yang luas bertemakan “You, Me + The Arts” merupakan edisi tulus dari hati serta kepelbagaian suara ini bukan sahaja menyatukan pelbagai artis and individu di bawah satu bumbung, malah akan menyaksikan elemen seni bergabung tenaga dengan pelbagai lapisan komuniti dan perjuangan mereka.

Berikutan sambutan hangat pada festival lepas yang berjaya merekodkan lebih daripada 30,000 pengunjung, YSDAF2018 kali ini disemarakkan lagi dengan program-program kegemaran ramai, sesuai dengan tema festival tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sime Darby (YSD) Puan Hajjah Yatela Zainal Abidin berkata, YSD berhasrat untuk menggunakan seni sebagai satu alat bagi mereka yang jarang berpeluang bersuara serta berkongsi buah fikiran dan perasaan dengan orang ramai.
“Kami sedar bahawa YSDAF merupakan sebuah platform yang kukuh serta mempunyai penjenamaan tersendiri, dapat mengetengahkan kisah-kisah masyarakat dari pelbagai sudut – sudut yang kita sering terlepas pandang dalam kesibukan menguruskan kehidupan seharian kita,” kata beliau.

“Oleh itu, bagi program YSDAF yang ketiga ini, kami akan membawa pelbagai isu serta inisiatif masyarakat di bawah satu bumbung. Maka, tahun ini menjanjikan sebuah festival yang jauh lebih besar dan baik berbanding YSDAF di tahun-tahun sebelumnya dan kami berharap anda semua dapat bersama-sama kami di hujung minggu yang pastinya menyeronokkan pada 18 – 19 Ogos ini!” tambah beliau.

Pengasas bersama klpac Dato’ Dr. Faridah Merican dan Joe Hasham OAM juga teruja dengan festival kali ini – “Kami tak sabar untuk menayangkan semula Adam! The Musical pada Persembahan Gala YSDAF ini. Muzikal ini pada asalnya dihasilkan untuk Yayasan AIDS Malaysia tapi telah diolah untuk membangkitkan semula kesedaran awam tentang wabak AIDS serta cabaran-cabaran yang dihadapi oleh individu-individu yang menghidapi HIV. Tidak ketinggalan juga, Life Sdn Bhd yang akan menampilkan edisi khas merangkumi kisah benar manusia berkisar tentang isu-isu terkini.” Dato’ Dr. Faridah merupakan penerbit eksekutif dan Joe Hasham pula adalah pengarah seni untuk kedua-dua produksi tersebut.

Selain daripada acara-acara kesenian yang ditawarkan, kami sangat gembira kerana dapat bergabung tenaga dengan beberapa NGO seperti Pertubuhan Pertolongan Wanita, Majlis AIDS Malaysia, IDEAS Academy, HumanKind, UNICEF, YMCA Deafbeat serta Persatuan Autism Kebangsaan untuk membawakan kepada anda beberapa bengkel serta persembahan unik, sekaligus, menambahkan variasi bagi program di festival ini.

Bayangkan diri anda disenandung dengan irama kugiran terkini sebelum dibawa kembali ke masa silam untuk belajar bermain instrumen tradisional Sape’ daripada guru Sape’ terkemuka, Mathew Ngau Jau dari bumi kenyalang, Sarawak. Sejurus kemudian, anda berpeluang menyertai bengkel khas oleh Peter Tan yang akan mengupas isu ketidaksaksamaan yang dihadapi oleh golongan kurang upaya. Anda juga berpeluang menyertai bual bicara bersama Andi Miranti, seorang penulis muda dan pengilustrasi autistik. Ini semua dan banyak lagi dapat anda alami pada kedua-dua hari di festival tersebut.

Festival percuma yang dianjurkan oleh kontinjen seramai 500 artis dan penggiat seni tanah air ini membolehkan anda menikmati pelbagai acara kesenian seperti tarian, muzik, komedi, teater, seni visual dan teater kanak-kanak dalam bentuk persembahan, penayangan video, pameran, forum dan bengkel secara serentak.

“Subject Y” oleh Pitch Start YSDAF 2018 akan turut dipamerkan. “Subject Y” merupakan Chin Wen Yen, satu alternatif kepada muzium tradisional di mana deria-deria yang berbeza dirangsang pada sesuatu masa. Pameran ini dikhusukan kepada mereka yang kurang daya penglihatan dan pendengaran.

Pameran unik bertemakan pemenanggeran seni

Selain itu, terdapat enam pameran arca seni ‘outdoor’ di bawah tajuk Deria oleh INTI Center of Art and Design (ICAD) serta dua pameran bertajuk Barrier oleh Peter Tan dan Seeing Through My Songs oleh Victor Chin yang tertumpu kepada nasib dan pahit getir golongan kurang upaya.

Kepada peminat muzik, jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk menyaksikan persembahan kumpulan muzik yang disusun oleh Soundscape Records termasuklah kumpulan lagenda rock indie Bittersweet, kumpulan eksperimental Pastel Lite dan Azmyl Yunor & Orkes Padu serta banyak lagi. Antara tarikan-tarikan lain adalah segmen tradisional Sounds & Sights of Orang Ulu oleh The Tuyang Initiative, tayangan filem yang telah memenangi pelbagai anugerah seperti Redha dan Adiwiraku serta persembahan daripada kumpulan-kumpulan kegemaran seperti AIIA, NETMBR, Drum Simfoni, Lee Wushu Arts Theatre, Balletbase, Young KL Singers dan Kwangtung Dance Company.

Bagi keluarga yang mempunyai anak-anak, bolehlah membawa mereka menyaksikan acara penceritaan atau ‘storytelling’, bengkel amali oleh Anak Rimba Books, persembahan wayang kulit bertajuk Hoong Siamang Hooong oleh Hongjiejie Work Station, persembahan kaligrafi gergasi oleh Master Tee, Koir Kanak-Kanak Kuala Lumpur, persembahan kaki seni jalanan serta aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan seperti mencanting dan mewarna batik, bengkel gendang serta bengkel ucapan dan drama.

Sebelum kemuncak festival, YSDAF2018 juga akan menganjurkan pertandingan antara kugiran atau Battle of the Bands bersama Soundscape Records. Lapan kumpulan muzik terpilih akan beraksi pada satu acara sampingan pada 29 & 30 Jun, di Live Fact, Kota Damansara. Pemenang acara tersebut akan menerima hadiah wang tunai berjumlah RM2,000 serta peluang beraksi di finale festival YSDAF2018 nanti.

Tema YSDAF 2018 kali ini bertumpu pada masyarakat dan ia merupakan lanjutan daripada tonggak Komuniti dan Kesihatan YSD, sebuah inisiatif awam yang mempelopori pelbagai program advokasi dan inisiatif kemasyarakatan yang menjaga kesejahteraan golongan yang kurang bernasib baik atau terpinggir. Aktiviti YSDAF 2018 yang lepas termasuklah panggilan terbuka Pitch Start, program ‘outreach’ sekolah yang dikenali sebagai Stand Up! serta acara satelit …And the Curtain Rises.

Festival sekali dalam dua tahun ini merupakan sebuah projek komuniti tempatan yang mempamerkan bakat seni tempatan dan memperkenalkan pelbagai acara- acara kesenian disamping menjadi sebuah platform untuk satu pesta interaktif lagi menyeronokkan, sesuai untuk semua lapisan masyarakat. Finale festival pada 18 Ogos nanti akan bermula dengan persembahan gendang yang akan menampilkan kepelbagaian komuniti di Malaysia pada jam 10.30 pagi, dan akan berakhir pada jam 8.00 malam sebelum persembahan gala Adam! The Musical bermula pada jam 8.30 malam. Festival akan bersambung semula pada jam 11.00 pagi hari Ahad, 19 Ogos. Lawati laman sesawang www.ysdartsfestival.com.my untuk maklumat lanjut dan terkini.

Untuk maklumat lanjut, layari:

WEB www.ysdartsfestival.com.my www.facebook.com/ysdartsfest www.twitter.com/ysdartsfest
www.instagram.com/ysdartsfest www.youtube.com/user/ysdartsfest #ysdaf2018

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Nabila Razali Dimasukan Ke Hospital Akibat Keracunan Makanan

Dari VCD Kini Naskhah Blok 404 Ke Layar Perak