in

Yayasan Artis 1Malaysia Anjur Konsert Amal YA1M Kumpul Dana

[dropcap]P[/dropcap]ada jam 3 petang semalam, Budiey ada menghadiri sidang media penganjuran konsert dan majlis penyampaian sumbangan wang ihsan kepada artis veteran, di Dataran Merdeka. Di majlis itu, YA1M turut menyampaikan sumbangan wang ihsan kepada 48 orang artis veteran yang berumur 60 tahun ke atas. Antara artis yang menerima bantuan adalah Kismah Johari, Tawil, Datuk Baharuddin Omar (Anjang Aki), Razali Buyong, Z Lokman dan Abu Bakar Omar.

[pullquote align=”right”]Konsert amal Satu Suara Satu Matlamat akan diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 5 Oktober 2013 jam 8 malam.[/pullquote]

Nampaknya, Budiey terpaksa block jadual Budiey pada 5 Oktober ini untuk satu lagi konsert amal yang akan diadakan oleh Yayasan Artis 1 Malaysia (YA1M). Bukan apa, inilah masanya Budiey mahu menyokong usaha murni yayasan ini untuk menjayakan konsert amal yang dikenali Satu Suara Satu Matlamat di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 5 Oktober depan untuk mengumpul dana bagi membantu artis memerlukan dan mengisi dana tabung pertubuhan itu. Seramai 10 orang artis popular yang terdiri daripada golongan baru dan lama akan membuat persembahan istimewa untuk menghiburkan tetamu.

Budiey difahamkan, Konsert Amal YA1M itu ialah projek pertama mereka dalam mencapai objektif penubuhannya iaitu menjaga kebajikan semua artis tanah air. Kira, baguslah tu. Ramai artis veteran yang memerlukan bantuan sekarang ini.

Pengerusi yayasan itu, Datuk Irwan Shah Abdullah atau lebih dikenali sebagai DJ Dave berkata, konsert tersebut adalah usaha YA1M untuk memastikan golongan artis terutamanya artis-artis veteran dapat terus menerima bantuan. Sebelum ini YA1M menerima dana RM2 juta daripada kerajaan yang diberikan kepada hampir 400 artis veteran daripada pelbagai bangsa dan agama. Melalui projek ini, penganjur berharap syarikat korporat tampil membantu sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial mereka.

Yayasan Artis 1Malaysia Anjur Konsert Amal YA1M Kumpul Dana

Menurut Pengerusinya, Datuk DJ Dave:

“Kami akan mengutip derma untuk mengisi tabung kebajikan yayasan dan objektif adalah untuk menghargai artis tanah air yang telah menyumbang dalam pembangunan industri hiburan tempatan. Ia juga sebagai titik tolak dan pemangkin dalam usaha YA1M untuk menjadi satu badan yang diurus selia secara profesional yang tidak mengharapkan bantuan dari mana-mana pihak.”

“Sebanyak 100 meja akan dijual pada harga serendah RM2,000 hingga RM20,000. Kami berharap dapat memungut RM200,000 pada malam terbabit. Semua kutipan akan disalurkan kepada tabung YA1M. Kami akan tampilkan lebih kurang 10 orang artis baru dan lama dalam tempoh lebih kurang sejam persembahan. Konsert ini akan diadakan dengan cara penjualan meja dan ia akan diuruskan oleh tenaga kerja YA1M sepenuhnya.”

Turut hadir merasmikan majlis ialah Timbalan Menteri Komunikasi & Multimedia, Datuk Jailani Johari dan barisan ahli jawatankuasa YA1M yang terdiri daripada Datuk M Nasir, Datuk A.Rahman Hassan dan Nancie Foo.

“Sejak YA1M ditubuhkan dan dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak, pada 11 November tahun lalu, inilah kali keempat sumbangan disampaikan kepada artis veteran yang belum pernah menerimanya. Tahun ini juga, kerajaan menjanjikan dana baru sebanyak RM3 juta, yang akan diagihkan kepada artis memerlukan.”

Yayasan Artis 1Malaysia (YA1M) mengalukan mana-mana artis yang akan menjangkau usia 60 tahun untuk menghubungi YA1M di talian 03-22763327.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Nabila Huda Kecewa Putus Cinta Dengan Nas-T

Betul Ke Fahrin Ahmad Ganti Aaron Aziz Jadi Pengacara Fear Factor?