Sebelum ini, menerusi perkongsian di Instagram, Yatt ada berkata dia pernah menangis ketika menyuarakan hasrat itu kepada suaminya, Zulfadhli Khiruddin namun masih belum kuat untuk berbuat demikian.
Pernah post gambar ini Jumaat beberapa minggu lalu kalau perasan. Sebelum keguguran dulu. Masa ni tak tahu sedang hamil. Emosi memang tak stabil, patutlah begitu, rupanya sedang hamil.
“Masa ni memang teringin sangat nak berniqab atau at least berpurdah dulu. Tapi tak kuat lagi. Sungguh-sungguh teringin. Wallahi teringin sampai menangis beritahu suami,â€
– Yatt Hamzah
Turut memuat naik gambarnya berniqab, Yatt meluahkan rasa teruja apabila melihat rakan sekeliling kini sudah berubah ke arah yang lebih baik. Malah, Yatt turut meminta orang ramai mendoakan dirinya diberi kekuatan untuk menjadi lebih baik.
“Lihat sahabat-sahabat sekeliling sudah mulakan dulu. Diri jadi teruja.MashaaAllah kuatnya mereka. Jadi inspirasi dan motivasi buat diri ini.
“Mohon doakan Bonda bernama Haryati binti Hamzah ini dan semua wanita lain yang sedang struggle untuk jadi lebih baik diberikan kekuatan dalam perjuangan (Mujahadah) ini. Mohon sokongan dan doa semua,â€
– Yatt Hamzah
Menerusi Harian Metro, Yatt Hamzah ada berkata dia kini dalam proses untuk berhijrah dari segi penampilan dengan memakai purdah. Yatt sememangnya sudah mula memakai purdah sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu.
“Saya dah mula pakai purdah sejak PKP lagi dan ketika PKPP, saya pakai hampir setiap hari ketika menghantar dan mengambil anak dari sekolah. Sebelum ini, saya pakai pelitup mulut dan hidung. Tapi, apabila fikirkan semula, baik saya berpurdah saja sebab lebih selesa. Jadi, saya mula perlahan-lahan,”
– – Yatt Hamzah
Menurutnya, dia juga mendapat sokongan daripada suami untuk memakai purdah.
“Saya ada luahkan hasrat untuk berpurdah kepada suami dan dia pun sokong. Bukan sebab saya terlalu cantik atau wajib, tapi sebab memakai purdah, banyak perkara seperti fitnah boleh dielakkan. Dengan memakai purdah juga, saya dapat mengawal diri saya sebab ramai tahu, saya jenis periang dan suka ketawa. Apabila pakai purdah, dapatlah kawal diri kita,”
– – Yatt Hamzah
Yatt juga mengharapkan supaya orang ramai mendoakan dirinya terus istiqomah.
“Saya pun masih belajar dan perlu banyak beristiqomah. Saya tak tahu sama ada saya kuat atau tidak untuk terus memakai purdah. Saya kongsikan gambar di Instagram sebelum ini bukan untuk menunjuk, sebaliknya mengharapkan doa daripada keluarga, rakan-rakan dan pengikut Instagram saya,”
– Yatt Hamzah
Semoga Yatt kekal istiqomah.