in ,

Yasmin Hani Umum Hamil 16 Minggu di Instagram

Budiey ingin ucapkan tahniah buat pelakon dan pengacara, Yasmin Hani yang kini telah hamil 16 minggu hasil perkongsian hidup bersama suaminya, bekas pemain dram kumpulan Black Rose, Shaarin.

Hani telah menyiarkan berita gembira ini menerusi akaun Instagram dengan memuat naik gambar bersama Shaarin dengan ‘baby bump’ yang kian kelihatan.Menerusi status di Instagram miliknya, Yasmin, 33, memberitahu dia kini telah hamil 16 minggu dan meminta semua peminat dan orang yang mengenalinya supaya mendoakan segala kebaikan buat bayi yang bakal yang lahir dan juga kesejahteraan mereka suami isteri. Turut disertakan adalah kenyataannya yang memaklumkan berita gembira tersebut:

“Hello everyone!! Today is a special day coz we decided its time to share this great news with all of u. Syukur Alhamdulillah we r blessed as we will be welcoming a new member to our family!! I am now 16 weeks! (Picture was taken way before) Please doakan yg baik2 utk bakal baby yg akan lahir dan kami juga, amin.Much love from us @shaarin n me! 💋❤💋❤🙏 #haniandshaarin #family #love #happy #news #baby #pregnant #yasminhani #shaarin credit to talestotell.com.my.”

– Yasmin Hani

Yasmin Hani atau nama sebenarnya, Yasmin Hani Richardson selamat diijabkabulkan dengan Sha’arin Mohammed Razali Wong dalam satu majlis akad nikah pada 21 Oktober 2011. Majlis resepsi kemudiannya diadakan di Duchess Place Jalan Ampang pada hari yang sama. Tahniah dari Budiey Dot Com.

yasmin hani

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Permohonan Taklik Noniswara Diteruskan Walaupun Suami Enggan Hadir

Zahid AF2 & Sarah Julifa Bakal Nikah 7 Jun Ini