in

Yasmin Hani Trauma Diragut Kali Kedua

[dropcap]P[/dropcap]elakon dan pengacara Yasmin Hani (Hani) kini dalam keadaan masih trauma ekoran kejadian ragut yang dialaminya pada pagi Isnin lalu.

Bercakap kepada Harian Metro, Hani berkata kejadian itu berlaku terlalu pantas dan mujurlah dia sempat menyelamatkan beg tangannya. Ketika itu dia berhenti di persimpangan lampu isyarat Persiaran Surian di Sunway, kira-kira jam 9.45 pagi.

Dia yang ketika itu dalam perjalanan ke lokasi penggambaran drama bersiri, Kisah Cinta Uda dan Dara terpaksa bergelut beberapa saat dengan peragut yang menaiki motosikal sebelum peragut melarikan diri.

“Ini pengalaman kedua saya diragut. Dulu, saya diragut ketika melintas jalan, tetapi kali ini saya sempat menarik beg tangan saya yang diletakkan di kerusi sebelah pemandu,” katanya.

Tambahnya lagi, peragut terbabit bertindak menumbuk dan memecahkan cermin keretanya yang ketika itu berhenti menunggu lampu isyarat.

Dia bersyukur apabila lapisan ‘tinted’ cermin keretanya menyelamatkan cermin daripada teris pecah dalam tempoh yang singkat.

Katanya, tindakan dia peragut itu cukup menakutkan. Kejadian pantas itu tidak sempat disedari oleh pemandu lain yang berada berdekatan.

Susulan kejadian itu, dia membuat laporan polis di Balai Polis Damansara.

Kepada pembaca, berhati-hati jika anda memandu atau berjalan ke tempat parking atau di mana sahaja anda berada pun. Kalau boleh, pasanglah skrin keselamatan yang lebih kuat pada cermin kereta anda. Kalau dipukul sekali dua pun tak akan pecah.

Take care!

Reebonz Celebrities Interview with Atilia Haron Yasmin Hani & Mayjune Tan

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Julia Ziegler di Malam Gala AIFFA 2013

Salma Lancar Muzik Video Terbaru Seruan Jiwa