in

Yasmin Hani Bakal Kahwin Shahrin Black Rose

Yasmin Hani Sahkan Bakal Kahwin Shahrin (Black Rose)

Hari ini sangat sibuk sampai takde masa langsung untuk bertwitter dan berfacebook. Hasilnya, memang tak update langsung Facebook dan Twitter hari ni. Kerja makin banyak yang tak siap. Waktu pagi dihabiskan dengan menyiapkan semua kerja tertangguh. Dalam pada sibuk tu, Budiey sempat jugak ke event. Alhamdulilah. Masih ada tenaga dan kudrat. Pada jam 2 petang tadi, Budiey telah hadir di Pra Tonton Drama Bersiri terbaru yang akan ditayangkan di Astro Prima iaitu drama bersiri WASIAT dan satu lagi drama bergenre komedi seram yang kelakar giler, HANTU MOTEL. Bukan hantu montel ya, motel kat sini bermaksud hotel kecil macam asrama la, so dinamakan Motel.

Ramai jugak la pelakon yang datang. Antaranya pelakon yang dah lama tak jumpa, nama dia Yasmin Hani, dulu jadi pengacara kat Astro dan terkenal dengan trademark, Watchaaaaa!

Yasmin Hani

Dalam Wasiat, Yasmin Hani pegang watak jadi perempuan jahat, sampai dia pun cakap yang dia tak dapat terima watak dia sejahat itu. Drama bersiri ini diadaptasikan dari telenovela Argentina Herencia De Amor. Cinta perebutan harta, ada elemen benci dan cinta, konflik dan kekeluargaan, tamak harta dan pengorbanan. Jangan lupa siarannya pada setiap Rabu jam 10 malam bermula 27 Julai ini.

Di event ni, pelakon drama Wasiat ini telah mengesahkan yang dia akan kahwin dengan bekas pemain dram Black Rose yang juga X-husband pelakon Ida Nerina. Jadi, nak ucaplah semoga majlis yang dirancang pada bulan Oktober nanti berlangsung dengan selamat dan lancar.

Pelakon Yasmin Hani, 32, mengakui bakal menamatkan zaman bujangnya pada penghujung Oktober ini dengan bekas pemain dram Black Rose yang juga bekas suami kepada pelakon Ida Nerina iaitu Shahrin Razali.

Jelas Yasmin Hani atau lebih mesra dipanggil Hani, majlis yang akan diadakan di Duchess Place, Jalan Ampang itu akan diadakan secara kecil-kecilan dan untuk ahli keluarga terdekat sahaja.

Yasmin Hani

“Saya akan berkahwin pada penghujung tahun ini iaitu pada bulan Oktober dan majlis tersebut akan diadakan secara kecil kecilan yang akan dihadiri oleh rakan terdekat dan ahli keluarga. Segala persiapan perkahwinan, Insya-Allah sudah siap dan hanya tinggal beberapa perkara tentang peraturan perkahwinan yang masih belum selesai, Saya hanya ingin melakukan yang wajib sahaja, majlis pernikahan dan perkahwinan akan diadakan pada hari yang sama di Duchess Place, Jalan Ampang,” katanya yang ditemui di Majlis Pra-Tonton drama terbaru Astro Prima, di sini, Isnin.

Tambah Hani, dia yakin keputusan untuk mendirikan rumah tangga pada usia sekarang adalah masa yang paling tepat, malah dia menganggap kehadiran Shahrin bagaikan melengkapi lagi kehidupannya.

“Saya rasa usia sekarang adalah paling tepat kerana masing-masing sudah stabil dari segi ekonomi, sudah mampu untuk berfikir dengan matang dan mempunyai kepercayaan yang tinggi antara satu sama lain. Lagi pula hati saya sudah pun bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri dan menjalani kehidupan berkeluarga,” katanya.

Ditanya tentang kelebihan Shahrin di mata pengacara Beat TV ini, Hani berkata Shahrin seorang lelaki yang penyayang dan kelakar.

“Dia seorang yang susah untuk difahami, kadang-kadang keluarga dia sendiri tidak tahu perangai dia. Kami banyak berkongsi minat yang sama seperti muzik dan laut, manakala banyak sifat-sifat kami yang saling melengkapi,” katanya.

Sementara itu, bercerita tentang perancangan selepas berkahwin, Hani berkata dia masih terus bekerja seperti biasa dalam industri ini.

Yasmin Hani

Yasmin Hani

Yasmin Hani

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Makan Malam di Restoran Itali DELUCCA

Gambar Afdlin Shauki di Up Close & Personal Anuar Zain