in

Carian Apakah Yang Trending di Malaysia Semasa Ramadan-Raya

Fesyen apa yang diidamkan semasa Ramadan-Raya, hamper apa yang digemari ramai? Dengan bulan Ramadan yang akan menjelma tidak lama lagi, kami fikirkan ia waktu yang sesuai untuk ketahui carian-carian yang menjadi trend di google.com.my pada musim tersebut.

Ramadan di Malaysia bukan hanya berkenaan dengan makanan atau waktu berbuka puasa sahaja. Tahun lepas, terdapat peningkatan ketara dalam carian-carian berkaitan dengan fesyen Melayu, lagu-lagu Raya, cara mengurangkan berat badan, sembahyang Raya dan amalan-amalan sunat, di samping makanan dan resepi-resepi.

Dari bulan ke bulan, carian-carian topikal tersebut mewakili peningkatan sebanyak 40% dalam kuantiti carian.

Pada dua minggu yang pertama, rakyat Malaysia menumpu lebih kepada doa-doa dan amalan-amalan sunat, sementara pada dua minggu yang terakhir Ramadan mereka memulakan persiapan Raya dengan membeli-belah pakaian-pakaian dengan fesyen terkini disamping mengambil kesempatan promosi-promosi jualan yang ditawarkan pada waktu tersebut.

Bagi citarasa tempatan pula, makanan yang manis dan sedap merupakan resepi-resepi yang paling menjadi trend:

1. Resepi ayam
2. Resepi ayam masak merah
3. Resepi kek
4. Resepi kek batik
5. Resepi kuah kacang
6. Resepi mee kari
7. Resepi nasi tomato
8. Resepi popia nestum
9. Resepi rendang ayam
10. Resepi roti jala

Terdapat juga peningkatan mendadak dalam carian-carian untuk doa atau sembahyang. Yang sering dicari pada waktu Ramadan-Raya adalah berkaitan dengan buka puasa dan taubat.

1. Doa tidur
2. Doa taubat
3. Doa selepas solat
4. Doa qunut rumi
5. Doa qunut
6. Doa iftitah
7. Doa dhuha
8. Doa buka puasa
9. Doa selamat
10. Doa makan

Data Google juga menunjukkan peningkatan yang konsisten setiap tahun semasa Ramadan dan Hari Raya untuk carian-carian berkenaan hamper, badam, duit raya dan zakat. Carian-carian berkenaan zakat, terutamanya, adalah tinggi, diikuti oleh carian-carian untuk cara-cara membayar zakat secara atas talian.

Di samping itu, tontonan YouTube juga meningkat semasa Ramadan kerana ia digunakan sebagai sumber utama hiburan dan pembelajaran berkenaan pembuatan resepi-resepi Ramadan dan Raya. Ini boleh dilihat pada carta di bawah dimana terdapat peningkatan mendadak carian di YouTube pada bulan Ramadan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Menonton Tayangan Filem COLD WAR

Sinopsis Filem COLD WAR 2 Lakonan Aaron Kwok