in , ,

Yang Menarik Tentang MacBook Pro 13′ 2020

Yang pastinya kini lebih berbaloi untuk dimiliki.

Apple telah pun melancarkan model terbaru MacBook Pro 13″ 2020 yang dinaik taraf perkakasannya. Walaupun ramai yang menunggu model MacBook Pro 14″ berdasarkan khabar angin sebelum ini, tetapi yang hadir adalah MBP 13″. Secara keseluruhan, Apple menaik taraf spesifikasi MacBook Pro 13″ dan menawarkannya pada harga yang lebih berbaloi dimiliki.

MacBook Pro 13' 2020

Jadi apa yang baru dengan MacBook Pro 13″ 2020 ini?

1. Storan 

Model asas MBP 13 (MacBook Pro 13″, 2x Thunderbolt 3 ports) kini dilengkapi dengan saiz storan 256GB dan menyokong sehingga 2TB.

Tetapi bagi model MBP 13 (MacBook Pro 13″, 4x Thunderbolt 3 ports), ia bermula dari saiz storan 512GB dan menyokong sehingga 4TB.

2. Intel gen-10

Bagi model asas MBP 13, ia masih mengekalkan cip pemprosesan Intel Generasi ke-8 dari model sebelumnya, iaitu Intel Core i5 1.4GHz quad-core atau Intel Core i7 1.7GHz.

Hanya model MBP 13, 4x Thunderbolt 3 ports sahaja menggunakan cip pemprosesan terbaru Intel Core i5 2.0GHz quad-core Generasi ke-10 atau Intel Core i7 2.3GHz quad-core Generasi ke-10.

MacBook Pro 13' 2020

3. Magic Keyboard

Semua model terbaru MacBook Pro kini dilengkapi dengan papan kekunci Magic Keyboard (aka rekaan gunting).

MacBook Pro 13' 2020
Rekaan papan kekunci rerama (butterfly) pertama kali diperkenalkan Apple pada model MacBook 2015. Tetapi dikritik teruk kerana isu konsistensi. Akhirnya Apple kembali menggunakan rekaan gunting pada model MBP 16″ tahun lalu dan kini pada model MBP 13″ 2020.

4. Intel Iris Plus Graphics 645 vs Intel Iris Plus Graphics

Apple masih mengekalkan cip Intel Iris Plus Graphics 645 bagi mengkuasakan grafik bagi model asas MBP 13″ 2020.

Walaubagaimanapun, bagi model MBP 13, 4x Thunderbolt 3 ports, Apple menyatakan ia menggunakan cip terbaru Intel Iris Plus Graphics. Cuma Apple tidak pula menyatakan secara jelas versi kad grafik Intel tersebut.

Apple mendakwa, cip tersebut meningkatkan prestasi grafik MBP 13″ sehingga 80% berbanding model sebelumnya dan menyokong penuh saiz paparan 6K Pro Display XDR.

MacBook Pro 13' 2020
MacBook Pro 13″ (4x Thunderbolt 3 ports) kini menyokong penuh paparan Pro Display XDR.

The integrated Intel Iris Plus Graphics deliver up to 80 percent faster performance over the previous generation 13-inch MacBook Pro for 4K video editing, faster rendering, and smoother gameplay. The new graphics also enable users to connect to Pro Display XDR at full 6K resolution.” Apple

Sebagai perbandingan, ini adalah keupayaan kuasa grafik antara model MacBook Pro 13″, 2x Thunderbolt 3 ports dengan MacBook Pro 13″, 4x Thunderbolt 3 ports sepertimana yang dinyatakan Apple berdasarkan sokongan video:-

– MacBook Pro 13″, 2x Thunderbolt 3 ports – Intel Iris Plus Graphics 645 

MacBook Pro 13' 2020

Video Support

Simultaneously supports full native resolution on the built-in display at millions of colors and:

  • One external 5K display with 5120-by-2880 resolution at 60Hz at over a billion colors, or
  • Up to two external 4K displays with 4096-by-2304 resolution at 60Hz at millions of colors

– MacBook Pro 13″, 4x Thunderbolt 3 ports – Intel Iris Plus Graphics

Video Support

Simultaneously supports full native resolution on the built-in display at millions of colors and:

  • One external 6K display with 6016-by-3384 resolution at 60Hz at over a billion colors, or
  • One external 5K display with 5120-by-2880 resolution at 60Hz at millions of colors, or
  • Up to two external 4K displays with 4096-by-2304 resolution at 60Hz at millions of colo

5. RAM LPDDR4X

Hanya model MacBook Pro 13″, 4x Thunderbolt 3 ports sahaja dilengkapi dengan versi RAM terbaru iaitu 3733MHz LPDDR4X berkapasiti dari 16GB yang boleh dikonfigurasi sehingga 32GB.

With 32GB of memory, users will experience better performance while running multiple virtual machines and up to 50 percent faster performance when editing gigapixel images in Photoshop.” Apple

Bagi model asas, ia masih menggunakan versi RAM terdahulu (2133MHz LPDDR3), sama seperti model MBP 13″ sebelumnya dan hanya menyokong sehingga 16GB sahaja.

(RAM LPDDR4X MBP 13″ adalah berbeza dari RAM DDR4 yang digunakan dalam MBP 16″ 2019).

6. Sedikit berat dan tebal

MBP 13″ 2020 adalah sedikit berat iaitu seberat 1.4kg berbanding model sebelumnya yang hanya seberat 1.37kg.

Manakala ketebalan MBP 13″ 2020 adalah 1.56 cm dan MBP 13″ 2019 adalah 1.49 cm. (Secotet ja beza)

7. Lain-lain…

Sistem audio MBP 13″ 2020 juga kini dipertingkatkan dengan sokongan memainkan semula audio Dolby Atmos dan tangkapan suara dari 3 mikrofon (directional beamforming) serta pembesar audio stereo yang lebih baik.

Ketahanan operasi bateri pula masih sama iaitu sehingga 10 jam.

Kesimpulan

Apa yang dapat disimpulkan di sini adalah, dari aspek spesifikasi keseluruhan MacBook Pro 13″ 2020, Apple telah meningkatkan lagi prestasi MBP 13″.

Tetapi apa yang lebih penting adalah Apple menggantikan papan kekunci butterfly yang bermasalah dengan kembali menggunakan rekaan gunting menerusi Magic Keyboardyang lebih baik dari segi rekaan serta selesa apabila ditaip.

Malah saiz storan MBP 13″ yang bermula dari 256GB tetapi ditawarkan pada harga yang lebih murah dari model sebelumnya, sekaligus menjadikan ia lebih nilai dan berbaloi untuk dimiliki.

MacBook Pro 13″ 2020 berharga dari RM5,599.00, RM6,399.00, RM7,999.00 dan RM8,799.00. Ia dijangka hanya akan ditawarkan di pasaran Malaysia dalam beberapa minggu akan datang.

Sumber: AriffMac

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Maxis Hulur Bantuan Untuk Kekalkan Tradisi Ramadan & Beri Inspirasi Positif

“Tak Sangka Ada Cikgu Pencuri Hati…,” – Elly Mazlein