in ,

Yang Menarik Tentang Hotel Radisson Blu Cebu

Sejak adanya pernebangan tambang rendah, ramai rakyat Malaysia yang sering bercuti di sekitar Asia Tenggara dan memilih destinasi-destinasi seperti Indonesia dan Indocina. Namun tidak ramai yang terfikir untuk berkunjung ke satu lagi negara jiran kita yang juga salah sebuah negara serumpun dunia melayu iaitu Filipina.

Negara yang kaya dengan ribuan pulau ini beribukotakan Manila, sebuah bandaraya yang kaya dengan sejarahnya tersendiri. Namun mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Cebu yang kini merupakan bandaraya kedua paling dikenali di Filipina adalah ibunegara pertama mereka satu masa dulu. Dan andainya berkunjung ke Cebu, cubalah bermalam di salah satu hotel paling mewah bandaraya itu iaitu Radisson Blu Cebu.

radissonblu Swimming Pool

Yang Menarik Tentang Hotel Radisson Blu Cebu

[dropcap]H[/dropcap]otel ini terletak di kawasan pelabuhan Cebu dan berada hanya beberapa minit dari lapangan terbang Mactan-Cebu. Kedudukannya juga menyediakan pemandangan matahari terbenam yang cantik dari pelabuhan tersebut.

Apa yang memudahkan lagi adalah lokasinya yang terletak di dalam sebelah salah satu pusat membeli-belah terbesar Cebu iaitu SM City Cebu yang merupakan sebuah jenama pusat membeli-belah tersohor di Filipina. Dengan itu para tamu tidak perlu pergi jauh untuk mencari sesuatu yang menarik kerana sebaik sahaja melangkah keluar dari hotel, para pengunjung sudah berada di pintu masuk pusat membeli belah ini!




[pullquote align=”right”]Setiap bilik dan suite di hotel ini telah direka khas dengan unsur-unsur moden tanpa melupakan faktor keselesaan. Berbekalkan 400 bilik yang dihias dengan senireka dalaman moden kontemporari, hotel ini mampu memberikan ketenangan yang dicari-cari oleh setiap tamu yang datang.[/pullquote]

Seperti setiap hotel, terdapat pelbagai pilihan untuk menikmati sajian enak serta hiburan sampingan. Salah satu tempat makan yang dimaksudkan adalah sebuah restoran yang menyelerakan iaitu Feria. Feria menampilkan hidangan buffet dan a la carte terbaik Asia Tenggara dan di antaranya termasuklah sebuah bahagian khas untuk tamu beragama Islam yang dikenali sebagai Halal Corner! Halal Corner di Feria menyajikan makanan halal yang sedap dari benua berbeza seperti Asia Selatan dan timur tengah.

Selain itu terdapat juga Lobby Bar bagi mereka yang ingin berhibur mendengar alunan muzik sambil menikmati minuman ataupun menjamu selera di bawah bintang – bintang di Urban Table. Tersedia juga Dilmah t-Bar, sebuah bar teh unik dengan konsepnya tersendiri. Sebagai tempat pertama di Filipina yang menampilkan konsep sedemikian rupa, bar ini menyajikan 21 jenis teh asli dan minuman lain berkonsepkan teh. Para tamu juga boleh merehatkan badan di Spa Esc, bersenam di Fitness Room dan berenang di kolam renang mereka.

Pendek kata, hotel ini memang sesuai buat seisi keluarga kerana berdekatan dengan pelbagai tarikan menarik. Selain pusat membeli-belah, tempat-tempat bersejarah seperti ‘Magellan’s Cross’ atau ‘Salib Magellan’ juga sangat hampir dengan hotel ini. Jadi kalau berkunjung ke Cebu pastikan anda singgah bermalam di hotel Radisson Blu Cebu. Ia benar-benar mewah dan menyeronokkan!

20160604_094240

20160604_094231

radissonbluUrban Table

radissonbluSuperior Room

radissonbluLobby

radissonbluFeria

Radisson Blu Cebu : Hotel yang mewah dan meriah di Cebu, Filipina
oleh Shah Shamshiri

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pengacara Shalma Aaina Bakal Nikah Wan Imar September Ini

TM Lancar Kempen Bersempena Sukan Olimpik Rio 2016