Teka, apa akan jadi bila dunia kita tanpa sains dan teknologi? Apa yang akan berlaku bila hidup kita ni tak maju-maju dan berada dalam keadaan statik disebabkan tiada ilmu sains? Mmm, camner ek?
Alamak, tak dapat pulak Budiey bayangkan, macamanalah kehidupan kita kalau takde ilmu sains. Mungkin, kalau tiada Sains, Budiey sekarang taklah berada di depan komputer ni untuk menulis entri kat blog, betul tak?
Tak perlu kita nafikan lagi, betapa sains adalah satu subjek yang sangat penting dalam hidup kita. Bercakap pasal sains ni, Budiey teringat, ada satu festival tentang sains yang akan dianjurkan tak lama je lagi. Festival itu ialah PETROSAINS SCIENCE FESTIVAL 2013 dan ianya terbuka kepada orang ramai, tak kira peringkat umur, semua boleh join! Semua orang boleh datang!
Petrosains Science Festival 2013
[dropcap]F[/dropcap]estival anjuran Petrosains yang terletak di Suria KLCC ini adalah pertama kali dianjurkan dan akan berlangsung di dua lokasi iaitu pada 22 hingga 27 Oktober diadakan di Petrosains, The Discovery Centre dan 25 – 27 October di Suria KLCC, Centre Court & Espalanade.
Budiey rasa, festival ini sangat bagus diadakan sebab ia menyamai festival sains di bandaraya utama di dunia seperti di Manchester, New York, Edinburgh dan Singapura. Usaha yang dibuat oleh Petrosains ni seharusnya dipuji kerana festival seperti ini dapat menyumbang kepada usaha untuk mempopularkan sains kepada orang ramai yang menggabungkan pendekatan yang menarik dan interaktif. Budiey sangat bersetuju jika festival ini diadakan setiap tahun.
Apa Ada Di Petrosains Science Festival?
[dropcap]B[/dropcap]unyinya sangat menarik, dan sudah membuatkan Budiey rasa teruja untuk explore apa yang ada dan apakah yang akan dipamerkan kat sana. Terasa seperti daya tarikan magnet, festival ini semestinya menjadi destinasi untuk Budiey dan anda juga untuk menyelongkar rahsia sains yang penuh dengan magis dan keseronokan.
Budiey kira, PETROSAINS SCIENCE FESTIVAL yang bertemakan Discovery, Play & Innovation ini bukan sekadar pameran dan acara untuk para pelajar, malah orang yang dewasa pun boleh datang, bawa anak-anak sekali. Budiey dah janji dengan isteri dan keluarga untuk bawa mereka melihat apa yang menarik di festival ini. Bukan apa, sekurang-kurangnya, Budiey tahu apa itu asas sains dan kaitannya dengan kerjaya Budiey sebagai blogger sepenuh masa.
Festival yang bertujuan untuk mendidik masyarakat tentang pentingnya ilmu tentang sains ini pasti akan menyeronokkan. Budiey dengar, banyak sangat aktiviti yang menanti anda di festival ini. Budiey tak sabar nak tengok apakah penemuan sains yang terbaru telah ditemui. Dari sains penciptaan coklat, dunia fizik pergerakan sehinggalah tentang teknologi komunikasi yang canggih masa kini, semua ada kat sana. Ya, betul, apa sahaja yang kita buat, sains tetap ROCK!
Salah satu contoh bengkel menarik yang akan diadakan ialah bengkel “Cow’s eye dissection”. Haa, sila tengok gambar kat bawah ni, ada berani?
Kehidupan kita seharian tak lepas dengan sains. Ya, sains ada di sekeliling kita. Kadang-kadang kita je yang tak tahu dan kita tak ambil kisah pun. Jadi, festival ini menjadi satu platform untuk kita semua memahami peranan sains dan teknologi. Di sana ada pakar sains yang akan memberikan kita penerangan tentang sains dengan cara dan stail yang menyeronokkan. Mungkin anda tak percaya, jika Budiey katakan di sini, sains untuk satu hiburan. Ha, tak percaya? Kalau anda tak percaya, dan anda mahu jawapannya, kenalah datang!
Apa yang boleh beritahu kat sini, festival ini tidaklah seperti festival biasa sebab banyak aktiviti berunsurkan pendidikan didedahkan kepada pengunjung. Contohnya, pengunjung akan berpeluang untuk menguji kepintaran dan kebolehan mereka dalam bidang sains. Tidak lupa juga ada banyak permainan yang berkaitan dengan sains yang boleh kita cuba kat sana. Bukan itu je, pastinya festival ini akan dimeriahkan lagi dengan demonstrasi dan pertunjukkan pentas.
Selain itu juga, Budiey difahamkan, akan ada forum dan juga sesi soal jawab bersama pakar sains. Jadi, kepada anda pembaca yang nak tahu lebih lanjut atau ada kemusykilan tentang sains, bolehlah mengambil peluang keemasan ini untuk bertanyakan kepada yang pakar.
Kepada pelajar dan guru-guru pula, festival ini menawarkan bengkel sains untuk anda sertai.
Betul Ke Mata Pelajaran Sains Sangat Susah?
[dropcap]S[/dropcap]emasa belajar dulu, Budiey ni takdelah bijak dalam mata pelajaran Sains pun. Budiey masih ingat lagi, Budiey tak pernah dapat A dalam subjek Sains. Tak tahulah pasal apa. Biasanya Budiey akan dapat B je. Itu pun Budiey dah belajar bersungguh-sungguh. Bagi, Budiey mata pelajaran Sains sangat susah. Sebab itulah, Budiey memilih aliran Sastera.
Haaa, itulah orang kita, suka sangat buat andaian mata pelajaran itu sesuatu yang sangat susah untuk dipelajari. Kata mereka, hanya orang-orang tertentu yang mempunyai minda dan IQ yang tinggi je boleh ambil mata pelajaran Sains.
Sekarang, setelah melalui zaman remaja, Budiey merasakan dakwaan itu tak betul. Sebenarnya, kita semua sama sahaja. Dikurniakan akal fikiran untuk berfikir dan yang penting sekali, kita kena belajar dan ada kemahuan untuk menimba ilmu pengetahuan.
Begitu juga dengan mata pelajaran Sains, sekarang ni, ramai anak-anak dari kampung sudah berjaya dalam aliran Sains. Jadi, dengan adanya festival ini dapat memberikan semangat dan inspirasi kepada pelajar untuk mengambil aliran Sains sebagai mata pelajaran utama di sekolah.
Budiey mendapat info, sebenarnya ada tiga subjek atau tujuan utama festival ini diadakan iaitu Discovery, Play dan Innovate. Festival ini dianjurkan atas rasa kesedaran betapa pentingnya pendidikan STEM iaitu Science, Technology, Engineering & mathematics. Ianya disokong sepenuhnya oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan MOSTI.
Jadi kepada anda, apa kata tandakan kalendar dan diari anda untuk datang beramai-ramai di Petrosains Science Festival 2013 pada 22 hingga 27 Oktober di Petrosains, The Discovery Centre dan 25 – 27 October di Suria KLCC, Centre Court.
Pada 17 Oktober lalu, Budiey telah menghadiri Majlis Pengumuman Petrosains Science Festival 2013 yang menyaksikan rakan-rakan kolaborasi utama iaitu PETRONAS, Google dan Nova Spectra dengan TM sebagai rakan telekomunikasi rasmi dan The Star sebagai rakan media.
Untuk info, anda semua boleh menikmati aktiviti hujung minggu di ruang legar tengah dan kawasan Esplanade, Suria KLCC dengan percuma. Manakala di Petrosains Galleria pula, caj masuk adalah sebanyak RM3 untuk dewasa dan belia, dan percuma untuk kanak-kanak di bawah 12 tahun. Caj kemasukan biasa dikenakan untuk masuk ke Petrosains, the Discovery Center.
Kita jumpa di sana ya!
Jom layari: www.sciencefestival.my
Gambar-Gambar Sekitar Majlis Pengumuman