Fenomena sekali lagi tercetus dengan kemunculan koleksi Hatta Dolmat untuk Zalora yang dinamakan POPhilosophy. Tidak menggemari sesuatu yang sudah biasa didengari, koleksi yang cukup eksklusif ini berinspirasikan sejenis bunga dipanggil Poppy, yang di mana bunga ini mempunyai karakter unik seperti tona warna yang kebanyakannya adalah pastel, cukup berdesuaian untuk kaum wanita yang sering digandingkan dengan idea kelembutan dan kecantikkan.
Tidak seperti pereka fesyen yang lain, Hatta Dolmat cukup terkenal dengan bakatnya yang cukup hebat dalam melakarkan ilustrasi lukisan yang cukup unik dan eksklusif. Seperti koleksi-koleksi yang sebelum ini, Hatta Dolmat kali ini meneruskan konsep itu, dengan menyerikan koleksi Raya 2016, POPhilosophy Hatta untuk Zalora dengan lakaran-lakaran uniknya dalam setiap rekaannya.
Bukan sahaja untuk wanita yang inginkan kelainan, koleksi Raya 2016 POPhilosophy ini turut juga menghasilkan beberapa jenis rekaan untuk para jejaka yang ingin tampil bergaya dan unik tetapi masih dalam keserdahanaan, cukup bersesuaian untuk musim Raya ini.
Koleksi Raya 2016 POPhilosophy ini sekarang boleh didapati di laman sesawang Zalora di www.Zalora.com.my. Hanya dengan menaip “Hatta for Zalora†di ruang carian, koleksi lengkap akan boleh didapati sekelip mata.