in ,

Yana Samsudin & Izzue Islam Duta Produk SUPER

Yana Samsudin dan Izzue Islam dilantik sebagai duta jenama SUPER bagi kempen ‘Secret To A Smile’

Super Food Marketing Sdn Bhd (SUPER), pengeluar kopi larut terkemuka Malaysia telah melantik pelakon dan pengarah Yana Samsudin serta pelakon dan penyanyi Izzue Islam sebagai duta jenama selama tiga tahun.

Sebagai duta jenama, Yana dan Izzue, dua selebriti berbakat yang memiliki pengikut yang ramai akan menarik peminat kopi baharu dan juga akan menyampaikan dedikasi jenama SUPER terhadap penghasilan kopi asli dan beraroma. Yana dan Izzue juga bakal melibatkan diri dalam projek tanggungjawab sosial untuk membantu komuniti yang memerlukan pertolongan.

Yana Samsudin & Izzue Islam Duta Produk SUPER

Perlantikan duta jenama ini merupakan misi ‘rebranding’ untuk mengukuhkan legasi SUPER sebagai salah satu jenama pengeluar kopi larut yang terkemuka di tanah air dan pada masa yang sama menguasai pasaran baru.

Sebagai permulaan, duta-duta jenama ini akan membintangi kempen SUPER ‘Secret To A Smile’ yang akan disiarkan di semua platform media bermula dengan 6-episod siri video online yang akan ditayangkan di YouTube mulai 1 Ogos. Dalam siri ini, Yana dan Izzue akan memegang watak ejen rahsia dalam misi untuk mengetahui rahsia disebalik senyuman semua warga Malaysia.

Pengembaraan Yana dan Izzue menjanjikan pelbagai aksi dan komedi. Siri ‘Secret To A Smile’ amat interaktif dan menggalakkan penonton untuk menyertai kisahnya. Penonton dapat memilih pengembaraan untuk Yana dan Izzue semasa mereka meneroka gudang berteknologi tinggi SUPER untuk mengetahui rahsia dan cara pembikinan kopi asli dan aromatik SUPER.

‘Secret To A Smile’ adalah kempen di mana SUPER mempertengahkan sikap dedikasi terhadap perincian, penggunaan teknologi tinggi dan pengabdian untuk mengeluarkan secawan kopi instant yang premium untuk memikat hati penggemar kopi setiap hari.

Kempen yang dibawa oleh SUPER mengoperasi 15 kilang pembuatan kopi berteknologi tinggi di China, Myanmar, Thailand, Malaysia, Singapore dan Vietnam. Kilang di Malaysia adalah di Johor dan ia merupakan kilang pembuatan serbuk kopi larut terbesar di Malaysia. Ia mengeluarkan 10 billion cawan kopi, bersamaan dengan 20,000 mt per annum. Selain itu, ia juga merupakan salah satu kilang kopi larut ‘freeze-dried’ premium di dunia.

Melalui semangat, dedikasi terhadap perincian and pelaburan tinggi dalam Research & Development, SUPER amat komited untuk mengeluarkan kopi yang bermutu tinggi untuk konsumer di lebih 52 negara. Jelas sekali, SUPER tekad untuk melakukan yang sehabis baik untuk mengekalkan senyuman warga Malaysia pada masa akan datang.

Untuk meningkatkan pengalaman konsumer, beberapa pemenang bertuah akan berpeluang untuk memenangi Hadiah Rahsia yang menarik yang digunakan oleh Yana dan Izzue dalam mini siri mereka. Penonton hanya perlu klik pada anotasi pada video dan menurut arahan pertandingan dan hantar penyertaan mereka melalui Facebook app SUPER. Bukti pembelian tidak diperlukan. Hadiah Rahsia termasuk:

a) 1x Jawbone Mini Jambox Speaker
b) 1x Canon Digital Camera
c) 3x Converse Backpack
d) 1x Samsung Galaxy S5
e) 1x Ray-Ban Sunglasses
f) 1x G-Shock Couple Watch Set

Sempena pelancaran kempen SUPER juga akan memulakan promosi seluruh negara di mana rakyat Malaysia berpeluang memenangi:

a) 1x Nissan Almera
b) 10x Samsung Galaxy S5
c) 50x SUPER Hamper worth RM100

Untuk menang, peserta hendaklah:

a) Beli barangan SUPER yang bertanda dengan stiker promo ‘‘The Secret to a Smile’. Setiap pak mengandungi satu Kod Rahsia unik.
b) Layari www.facebook.com/supermalaysia dan ‘Like’ laman kami. Di app ‘The Secret to a Smile’ saksikan web video ‘The Secret to a Smile’.
c) Jawab semua soalan di Facebook atau borang pernyertaan dengan betul. Borang penyertaan boleh didapati di pasaraya utama. Hantarkan borang penyertaan bersama nombor Secret Code. Setiap Secret Code hanya sah untuk satu penyertaan. Peserta dibenarkan menghantar seberapa banyak penyertaan.
d) Peserta hendaklah menyimpan kad Secret Code sebagai bukti pembelian kerana diperlukan untuk penebusan hadiah.

Lawati laman Facebook Super Malaysia untuk maklumat lanjut di:
https://www.facebook.com/supermalaysia

Yana Samsudin & Izzue Islam Duta Produk SUPER

Yana Samsudin & Izzue Islam Duta Produk SUPER

Yana Samsudin & Izzue Islam Duta Produk SUPER

Yana Samsudin & Izzue Islam Duta Produk SUPER

Yana Samsudin & Izzue Islam Duta Produk SUPER

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

LAGENDA BUDAK SETAN: KASYAH Bakal Ditayangkan Bulan September

Pelakon Robin Williams Ditemui Mati Bunuh Diri