in

Xpresi Kembara Bersama Yuna Di Pulau Pangkor

Kehadiran sekuntum bunga yang memeriahkan industri muzik dengan irama segar masa kini semakin diterima ramai. Imejnya yang tampil bertudung seolah membuktikan bertudung bukanlah penghalang untuk melakukan apa sahaja yang diminati terutama melibatkan muzik indie yang menjadi kegilaan remaja masa kini.

Sebagai memberi peluang kepada peminat untuk berkenalan dengan lebih dekat dan mesra dengan gadis kecil molek yang berbakat dalam bidang nyanyian dan ciptaan lagu ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi sebuah program berbentuk travelogue membawakan Yuna, gadis yang mula meningkat naik dengan lagu popularnya, Dan Sebenarnya ini menerusi episod istimewa, Xpresi Kembara pada  12 Disember (Sabtu), jam 10.31 pagi di TV1.

Diterbitkan oleh Mohd Zam Ali, Xpresi Kembara bersama Yuna dirakamkan sekitar Perak baru baru ini telah menerokai tempat tempat menarik dan keindahan negeri Perak. Antara tempat menarik yang dirakamkan adalah sekitar Pulau Pangkor yang sememangnya terkenal dengan keindahan pulaunya serta produk perlancongan semuladi. 

Sedikit info mengenai program Xpresi Kembara, program ini menggabungkan elemen muzik band band indie ini dengan tempat tempat menarik di seluruh negara. Program seperti ini dapat memajukan sektor pelancongan dalam negara di samping memberi ruang kepada peminat peminat muzik indie mengenali artis kegemaran mereka dengan lebih dekat lagi. Malah  memasukkan elemen penglibatan artis dengan persekitaran, sebagai episod mengundang artis Yuna menyertai aktiviti snorkling di Pulau Pangkor.

Antara aktiviti aktiviti yang menarik sepanjang penggambaran Xpresi Kembara berlangsung di sekitar Pulau Pangkor ialah snorkling di Pulau Giam, berbasikal ke Pantai Teluk Nipah, melawat Kota Belanda, jeti penangkapan ikan moden dan kilang memproses makanan laut.

Pemilik nama penuh Yunalis Zarai berasal dari Alor Setar, Kedah yang menjadikan Fiona Apple (penyanyi luar negara yang pernah dikenali sekitar 1990) sebagai idola ini menggunakan kesempatan yang ada untuk melakukan sendiri aktiviti yang dianggap menyeronokkan di samping merehatkan minda. 

Lulusan UiTM Shah Alam dalam ijazah Undang Undang ini ternyata begitu teruja sepanjang mengunjungi Pulau Pangkor dengan pengisian aktiviti termasuklah berpeluang memegang sendiri hasil tangkapan laut seperti udang galah dan ikan pari yang selama ini tidak pernah dicuba olehnya.

Kepada peminat peminat Yuna, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan aksi-aksi menarik percutian Yuna yang dirakamkan dalam Xpresi Kembara pada  12 Disember (Sabtu), jam 10.31 pagi di TV1.

Untuk maklumat lanjut, foto dan info-info terkini tentang program Xpresi Kembara, sila layari facebook.com dan carian xpresi kembara.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sekitar Pelancaran Video Muzik Pendeta NAIZLE

Gambar Nur Fazura & Marion Caunter Launch MyEG Xtra Time